Rabu, 26 Disember 2012

AWAS MAKANAN BERMINYAK....

Makanan goreng memang sedap jika dihidangkan pada waktu minum petang tetapi anda harus akan penyakit yang menunggu sekiranya anda gemar memakan makanan yang bergoreng ini.

Disebabkan rasanya yang lebih lazat, memang sukar bagi hampir daripada kita semua untuk meninggalkan tabiat memakan makanan goreng dalam jumlah kandungan yang banyak. Demi menjaga kesihatan diri sendiri untuk jangka masa yang lebih baik, adalah lebih elok sekiranya anda mengambil langkah-langkah mencegah sebelum datangnya kesan buruk pada masa akan datang.

Selalunya jika anda memakan makanan yang bergoreng, anda akan lebih cenderung merasai sakit perut dan berasa tidak sedap badan.

Senarai masalah yang dihidapi pemakan tegar makanan bergoreng dan berminyak adalah seperti yang di bawah:

Heartburn
Sakit ulu hati seperti berasa terbakar seringkali terjadi sewaktu anda berada di dalam posisi baring ataupun membongkok. Masalah ini disebabkan oleh pergerakan asam lambung ke dalam esofagus (saluran makanan yang mengalirkan makanan dari mulut ke perut). Untuk mengurangkan rasa tersebut, hindari makanan bergoreng dan gantikan dengan makanan yang dikukus atau direbus.

Gastroenteritis
Peradangan pada lapisan lambung akibat terlalu banyak memakan makanan berminyak dapat membawa kepada sakit gastroenteritis. Ianya disebabkan perut anda berisi dengan gas dan makanan yang dihadamkan mempunyai masalah kerana minyak yang terlampau banyak di dalam perut. Anda akan cenderung berasa lebih kenyang disebabkan gas yang terkumpul di dalam perut.

Ulser
Ulcer merupakan luka yang terjadi di sekitar bahagian dalam mulut atau usus yang menyebabkan rasa sakit pada sistem pencernaan. Penyakit ini disebabkan kuman yang dipanggil Pilori.

Gangguan pencernaan
Rasa tidak selesa di perut merupakan gejala dari adanya gangguan pencernaan. Walaupun gangguan perut ini bukan masalah kesihatan yang sangat serius, tetapi masalah inilah yang seringkali terjadi kepada pesakit. Gangguan pencernaan terjadi kerana makanan berlemak yang sangat sukar dihadam dan berat pada perut. Jika anda mengunyah makanan dengan baik, maka makanan akan lebih mudah dicerna, lantas mengurangkan masalah perut tidak selesa.
BERBICARA BIARLAH BENAR...

Jumaat, 21 Disember 2012

Kelebihan Hari Jumaat


Kelebihan Hari Jumaat


Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memuliakan hari jumaat dan hari jumaat mempunyai fadhilat atau kelebihan yang banyak antaranya seperti berikut:
  • Hari jumaat merupakan penghulu segala hari.
  • Ia mempunyai kemuliaan yang agung disisi Allah.
  • Pada hari jumaat jugalah penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah.
  • Pada hari jumaat akan berlaku kiamat.
  • Pada hari jumaat Allah menciptakan Nabi Adam a.s.
  • Pada hari jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan saat ijabah itu disamarkan pada hari-hari lain.
  • Hari istimewa bagi hari-hari yang ada didalam seminggu.
  • Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya.
  • Allah S.W.T. akan membebaskan pada hari itu seramai 600,000 (enam ratus ribu) orang dari seksaan api neraka.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau pada malamnya, Allah catat dia dengan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat dan malamnya, terselamat dia dari seksa kubur.
  •  

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi)
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:
* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
* Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
* Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

Selasa, 18 Disember 2012

Lupakah Kita?

Lupakah Kita....?
Dulu Kita Bangsa Berjaya,
Seluruh Nusantara Kita Berkuasa.
Ekonomi Apapun Kitalah Raja..

Lupakah Kita...?
Dulu Kita Kuasa Negara.
Selusruh Nusantara Kita Menjajah.
Empayar Melayu Melaka Tinggal Sejarah.

Lupakah Kita...?
Kitalah Dulu Empunya Semua Tanah Ini.
Nenek Moyang Meneroka,Menjaga Penuh Keringat.
Pertahankan Bumi Demi Kita..
Merasa Satu Yang Bahagia.

Kerana Lupakah Kita...?
Hari Ini Kita Berhasad Dengki...
Tidak Ingin Bersatu,Kerana Kuasa.
Rela Lari Dari Matlamat Perjuangan,
Demi Kuasa.
Lupakah Kita,Kerana Dengki
Kerajaan Melayu Melaka Hancur,
Hilang Empayarnya.
BERBICARA BIARLAH BENAR...

Isnin, 17 Disember 2012

Pemimpin mesti faham kehendak rakyat

Ulil amri mempunyai makna dan pengertian yang luas merujuk kepada mereka yang diamanahkan untuk menjaga kemaslahatan serta kesejahteraan rakyat. Ulil amri bertanggungjawab mengekalkan keamanan, kesejahteraan dan keselamatan umum.

Dalam konteks negara kita, ulil amri adalah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu (sebagai ketua agama), Perdana Menteri, menteri Kabinet, mufti, ulama, pegawai pemerintah, ketua tentera serta pemimpin pertubuhan dan persatuan sehinggalah kepada ketua keluarga.
Allah SWT memberi tanggungjawab yang berat kepada pemimpin sebagai satu amanah bagi membawa golongan yang dipimpin mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Semakin tinggi kepemimpinan yang disandang, semakin banyaklah tanggungjawab yang mesti dilunaskannya.

Agama Islam tidak akan kuat kecuali dengan jemaah dan jemaah tidak akan berjalan kecuali ada pemimpinnya dan pemimpin tidak akan ada gunanya jika tidak ditaati” - Hadis

FirmanNya: “Allah SWT menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu, bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, seperti mana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang berkuasa.” (Surah an-Nur, ayat 55)

Bagi meraih keberkatan Allah SWT, pemimpin perlu faham kehendak rakyat dan berusaha menunaikannya manakala rakyat pula mesti taat dan bekerjasama menjayakan sebarang usaha bagi meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.

Tanggungjawab

Semua manusia, baik pemimpin atau rakyat tidak sunyi daripada sifat lupa dan khilaf sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk memberi peringatan atau teguran supaya pemimpin dapat mem-betulkan kesilapan dan segera memohon keampunan daripada Allah.
Bagaimanapun dalam membuat teguran, nasihat atau kritikan, biarlah yang membina, tidak menjatuhkan aib serta mengikut adab budaya hormat-menghormati. Cara ini dapat memelihara ikatan ukhuwah selain menyedarkan mereka yang melakukan kesilapan supaya bertaubat pada Allah SWT.

Hubungan pemimpin dengan rakyat hendaklah sentiasa kukuh, saling sokong-menyokong dalam menyusun program dan agenda kerja demi kesejahteraan rakyat serta negara.

Bersatu padu

Umat Islam hendaklah bersatu padu secara menyeluruh di atas landasan al-Quran dan hadis. Perpaduan berasaskan keimanan akan mengangkat martabat umat Islam di dunia dan di akhirat.

Kejayaan kerajaan Islam menjatuhkan dua kuasa besar dunia Rom dan Par-si dicapai kerana semangat persaudaraan ukhwah fillah Islamiyyah.

Dalam era pasca kemerdekaan ini, umat Islam di Malaysia masih berdepan cabaran getir dari dalam dan luar negara. Maruah diri dan kedaulatan negara tidak dapat dipertahankan jika ada perselisihan dan pertentangan dalam negara.

Cabaran ini menuntut kekuatan daya juang, semangat kental dan ketahanan sehingga titisan darah terakhir. Islam mewajibkan umatnya berjihad mempertahankan agama dan negara daripada sebarang ancaman musuh.

Baginda SAW bersabda: “Agama Islam tidak akan kuat kecuali dengan jemaah dan jemaah tidak akan berjalan kecuali ada pemimpinnya, dan pemimpin tidak akan ada gunanya jika tidak ditaati.”

Sebagai umat Islam yang bermaruah, kita hendaklah kasih dan cinta kepada agama, bangsa dan tanah air. Kita bertanggungjawab mendukung usaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang sedang kita nikmati hari ini.

Janganlah kerana perbezaan ideologi politik, perselisihan pendapat dan ketaksuban diri, membuatkan kita sanggup pertaruhkan akidah dengan membelakangkan tuntutan agama, bangsa dan negara. Sumber BH..
BERBICARA BIARLAH BENAR...

Ahad, 16 Disember 2012

KENANGAN MUSIM CUTI SEKOLAH..ZAMAN 70 KE 80AN


Zaman kanak2 sekarang.. hari cuti gini bangun pagi buka iPad atau Tablet .. Sarapan ibu dah beli kat kedai, semua dah siap tak perlu fikir atau kerja keras.. Masa belajar dpt tumpu kpd pelajaran tanpa gangguan atau kepayahan nak cari duit belanja atau nak cari lauk apa utk makan.. Semua beres.. Kemudahan banyak. Mungkin sebab ini ramai pelajar kita berjaya dalam exam..zaman aku dulu kalu cuti gini pagi dah bersiap dengan lastik utk cari burung punai atau merbak utk buat lauk makan tengahari, tahan jerat ayam hutan di hutan berhampiran rumah, kalu murah rezki dapat pelanduk atau landak, ayam hutan biasa sangat dapat.. Daging lembu masa dulu RM 1:80 sekati, tapi jarang2 dapat beli.. Sekali sekala sembelih ayam kampung..tengahari bersiap ke sungai gi nyelam panah ikan.. Murah rezki dapat ikan kelah atau tengas.. Ikan sebarau tak sedap mana jadi kalau dah dapat kelah tak panah lah sebarau tu, jika tadok kelah panah jugak lah sebarau janji dapat buat gulai asam pedas daun kesung.. Malam pulak lepas ngaji turun pkalan ngail ikan baung, kadang2 bawak lampu spirit gi nyuluh udang galah buleh sebakul balik puas.. Tak lupa juga musim bulan 12 ni,tahan bumbung udang...dapat banyak,malam tahan arang...Tapi leni ni nak dapat ikan sikang pun susah....Kalang Pok Busu cuma tinggal nama...sedih2.Kekadang Gi Sawah Padi  Orang kampung Panggil Paya,Cari ikan Puyu...Walaupun main selut tapi seronok tak pernah fikir takut ke lintah  Tapi semua itu hanya tinggal kenangan.. berkongsi Pengalaman Dengan Abang-Abang
BERBICARA BIARLAH BENAR...

Khamis, 13 Disember 2012

SELAMANYA HARIMAU MALAYA...AYUH

  Hari ini adalah Perjuangan Hidup Dan Mati Harimau Malaya,Walaupun kita mungkin berada dilandasan yang sukar untuk mempertahankan kejuaraan,tetapi dengan semangat yang ada,pasti kita boleh melangkah ke Perlawanan akhir menewaskan Sang Gajah Perang (Thailand).Ayuh pastikan kita semua memberi sokongan padu...http://www.affsuzukicup.com/fixtures2012.html#.UMnBW75oJPw.blogger  BERBICARA BIARLAH BENAR...

myMetro | Mencapai istiqamah

Mencapai istiqamah


ISTIQAMAH adalah satu perkataan bagi menggambarkan sifat unik yang mungkin sukar diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda kita.
Istiqamah bermaksud menuruti jalan yang lurus, iaitu jalan tanpa bengkang-bengkok meliputi segenap perbuatan taat sama ada yang zahir atau batin serta meninggalkan segala yang dilarang Allah SWT.

Kebiasaannya, istiqamah menyusul selepas beriman kepada Allah kerana iman adalah asas kepada keutuhan istiqamah. Tanpa iman yang utuh, tiada istiqamah dalam diri seorang Muslim.

Dalam kamus bahasa, istiqamah diertikan sebagai sikap teguh pendirian dan sentiasa konsisten.

Saidina Abu Bakar RA ketika ditanya mengenai istiqamah menjawab bahawasanya: “Istiqamah adalah kemurnian tauhid (tidak boleh menyekutukan Allah dengan apa dan siapapun).”

Umar Al Khattab RA pula menyatakan bahawasanya: “Istiqamah adalah kamu berdiri di atas perintah dan larangan dan tidak terumbang ambing seperti musang (yang berlari ke sana ke mari).”

Sementara itu, Usman bin Affan RA menyifatkan istiqamah sebagai: “... mengikhlaskan amal kepada Allah SWT.”

Secara mudahnya, istiqamah dapat difahami sebagai melakukan perkara baik secara berterusan dan ikhlas kerana Allah hanya untuk mencapai keredaan Allah SWT.

Namun dalam realitinya, istiqamah sukar diterjemahkan kerana diancam oleh pujukan hawa nafsu, disangsikan pula oleh bisikan syaitan. Oleh itu, kadangkala kita menjadi keliru dan was-was dengan jalan dipilih.

Apatah lagi apabila melaksanakan sunnah Rasulullah SAW atau syariat Allah pada akhir zaman ini yang diibaratkan umpama menggenggam bara api, sekali gus membuatkan kita kadang kala dipandang jelek dan kolot.

Ada orang yang berhijrah daripada tidak menutup aurat kepada menutup aurat, tetapi kemudian membuka kembali auratnya kerana berasa tidak yakin dengan penampilannya di dalam masyarakat selain tidak tahan mendengar ejekan sinis orang sekeliling.

Begitu juga apabila berbicara mengenai istiqamah dalam masyarakat umat Islam. Umat Islam yang beristiqamah adalah keadaan di mana seseorang itu melaksanakan tuntutan agama dalam pegangan akidah, kepercayaan, ibadah dan perlakuan tanpa keraguan terhadap apa diwahyukan Allah melalui Rasul-Nya.

Pendek kata, melaksanakan semua tuntutan Allah tanpa memilih mana yang sesuai dengan alasan mengikut peredaran zaman.

Bukti istiqamah ini dirakam oleh Allah SWT dalam ayat 162 surah Al-An’am bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.”

Istiqamah juga diungkapkan sebagai mencapai atau merealisasi tujuan kejadian manusia. Perkara ini disebut oleh Allah dalam surah Az-Zariyat, ayat 56 bermaksud: “Tidak Aku (Allah) menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah (beribadat) kepada-Ku.”

Selain itu, seperti dibicarakan di atas, istiqamah juga bererti menerima segala hukum-hakam Allah dalam al-Quran dan apa yang dijelaskan Rasulullah SAW dengan pasrah dan bersungguh-sungguh.

Hakikat ini diperjelaskan oleh Allah menerusi surah al-Ahzab, ayat 36, bermaksud: “Dan tidaklah patut bagi lelaki beriman dan tidak pula bagi wanita beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) mengenai urusan mereka.”

Di dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim, ada beberapa panduan bagaimana untuk kita menuju kepada istiqamah. Antaranya:


1. Kesedaran dan kefahaman benar mengenai Islam.

Untuk mencapai darjat istiqamah secara maksimum, seseorang itu memerlukan pemahaman terhadap Islam secukupnya. Muslim yang memahami ajaran agamanya dengan baik tidak akan bimbang menjalani kehidupan dunia.

a akan tetap istiqamah menghadapi badai godaan walau seteruk mana sekalipun ia datang menggoncang. Pemahaman mengenai Islam yang tidak sempurna hanya membawanya ke jalan sesat.


2. Mendekatkan diri kepada Allah dan merasakan pengawasan-Nya.

Dua perkara ini sangat penting. Ketika seorang Muslim merasa dekat dengan Allah, ke mana pun ia pergi, di mana pun ia berada dan bagaimana pun situasi dan keadaannya, dengan keyakinan penuh ia akan sentiasa merasa diawasi dan dilihat oleh Allah. Dengan begitu, seseorang itu tidak lagi berani menyimpang dari jalan-Nya.

Allah SWT berfirman menerusi surah Al-Baqarah, ayat 235, bermaksud: “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; Maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


3. Bergaul bersama orang soleh dan beristiqamah.

Ini sangat membantu seseorang untuk sentiasa istiqamah di jalan Allah SWT. Teman yang soleh akan sentiasa mengingatkan kita untuk berbuat baik serta mengingatkan kita daripada kekeliruan.

Bukan bermaksud memutuskan hubungan silaturahim dengan mereka yang tidak menampilkan ciri-ciri Islamik, tetapi hanya cuba lebih rapat dengan mereka yang soleh supaya kita tidak tergelincir daripada landasan sebenar istiqamah.


4. Berdoa kepada Allah SWT supaya sentiasa dikurniakan istiqamah hingga akhir hayat.

Antara cara terbaik bagi mewujudkan sikap istiqamah dalam diri adalah apabila seseorang itu sentiasa memohon pertolongan Allah dalam segala urusan dan keadaan.

Ummu Salamah RA mengatakan, bahawasanya ada satu doa yang sering dibaca serta diamalkan oleh Rasulullah SAW yang berbunyi: “Yaa muqallibal qulub tsabbit qalbi ‘ala diinik”

Doa ini bermaksud: “Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Hakim serta disahkan sahih oleh Az Zahabi di dalam kitab Shahihul Jami’)

Semoga dengan sedikit penerangan mengenai sifat istiqamah ini, kita semua dikurniakan jalan lurus untuk mencari keredaan Allah SWT sebagaimana hakikatnya yang mengatakan: jika mengimpikan syurga, jangan sekali-kali mengimpikan jalan luas untuk ke sana.
BERBICARA BIARLAH BENAR...

Jangan jadikan masjid medan perpecahan

Jangan jadikan masjid medan perpecahan


Jangan jadikan masjid medan perpecahan

IPOH 9 Dis. - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kesal dengan kecenderungan pihak tertentu menjadikan masjid sebagai medan perpecahan dengan memburuk-burukkan sesama Islam sedangkan rumah Allah itu sepatutnya dijadikan tempat penyatuan ummah.
Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam termasuk ahli jawatankuasa masjid menjemput penceramah yang boleh memberikan ilmu agama dan bukannya memecahkan sesama mereka.
Malah Harussani berkata, beliau sendiri turut menjadi mangsa kutukan dan diberi pelbagai gelaran untuk memburuk-burukkannya.
"Saya juga sedih kerana masih ada lagi orang baca khutbah nama 'Haramsani'. Saya tidak peduli sebab itu menunjukkan kejahilan mereka. Orang baca khutbah dengan memburukkan orang lain, itu fasik namanya," ujarnya.
Beliau berucap merasmikan Surau Rafeah di Meru Perdana yang turut dihadiri Pengurus Besar Kanan Kumpulan MK Land Holdings Berhad, Kamarulzaman Abu Bakar, di sini hari ini.
Surau yang dibina dengan kos RM500,000 oleh Yayasan Emkay itu boleh memuatkan seramai 180 orang jemaah di dewan solat dan 270 orang semasa solat tarawih.
Dalam perkembangan sama, Harussani meminta umat Islam tidak sekadar seronok dan berlumba-lumba membina masjid yang indah tetapi lupa tanggungjawab menjaga dan mengimarahkan rumah Allah itu selepas siap.
Katanya, kebanyakan masjid hanya penuh pada hari Jumaat sahaja tetapi kekurangan jemaah pada hari-hari lain terutamanya semasa solat Subuh dan masalah itu bukan hanya berlaku di negara ini tetapi kepada umat Islam di seluruh dunia.
"Umat Islam berlumba-lumba membina masjid supaya menjadi yang tercantik dan teragung di dunia, tetapi kecantikan dan keagungan masjid itu tidak memberikan tanggungjawab kepada umat Islam untuk mengingati Allah," katanya.
Menurut Harussani, masalah itu tidak berlaku pada zaman sebelum merdeka kerana masjid atau surau ketika itu dibina atas hasil usaha setiap umat Islam sendiri dengan mewakafkan tanah dan sumbangan derma.
"Selepas merdeka, masjid dibina dengan bantuan kerajaan sehingga setiap daerah ada masjid yang dibina dengan belanja yang cukup hebat, tetapi malangnya sambutan orang Islam tidak begitu menggalakkan sebab mereka rasa rumah ibadat tersebut bukan kepunyaan mereka tetapi milik kerajaan.
"Apabila masjid rosak, bocor atau apa sahaja yang berlaku, mereka meminta bantuan daripada kerajaan seolah-olah sudah tidak ada tanggungjawab manusia," katanya.

BERBICARA BIARLAH BENAR...

Kita masih perlu laksana tindakan afirmatif - Dr. M

Kita masih perlu laksana tindakan afirmatif - Dr. M


PUTRAJAYA 12 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia masih perlu melaksanakan tindakan afirmatif untuk membantu lebih ramai orang Melayu bersaing dalam pasaran dan akses kepada kekayaan.
Dr. Mahathir bagaimanapun berkata, tindakan afirmatif yang berperanan memastikan kestabilan dan mengurangkan jurang kekayaan itu hanya merupakan tongkat sementara untuk Melayu dan bumiputera lain.
''Kita mahu lebih ramai Melayu akses kepada kekayaan, untuk tujuan ini kita perlu kekalkan sesetengah elemen tindakan sedemikian tetapi bukan semuanya.
''Tindakan tersebut merupakan tongkat sementara, tetapi tongkat ini akan pergi apabila kita mempunyai jumlah orang Melayu yang cukup banyak untuk bersaing di pasaran," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam majlis wacana perdana yang mengupas isu relevan tindakan afirmatif Malaysia di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Terma tindakan afirmatif pertama kali digunakan di Amerika Syarikat pada 1961 dengan merujuk kepada dasar untuk mempertimbangkan faktor kaum, gender dan agama dalam kerjaya, pendidikan dan perniagaan bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan berkenaan.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, tindakan afirmatif di negara ini merupakan faktor yang menjamin kestabilan sekali gus membawa kemakmuran ekonomi kepada Malaysia.
''Semasa Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan secara sepenuhnya semasa 1987 hingga 1997, kita mencapai pertumbuhan tertinggi iaitu antara lapan hingga 10 peratus.
''Dakwaan bahawa DEB menafikan pertumbuhan adalah tidak berlandas fakta kerana negara kita tumbuh dengan sangat pantas malahan mengatasi sesetengah negara yang dilabelkan sebagai negara maju," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121213/dn_02/Kita-masih-perlu-laksana-tindakan-afirmatif---Dr-M#ixzz2D0vnHQeV
© Utusan Melayu (M) Bhd

BERBICARA BIARLAH BENAR...

SELAMATKAH ISLAM DI MALAYSIA

ADA pengertian lebih besar sebenarnya boleh 'dibaca' di sebalik kenyataan seorang pemimpin muda daripada sebuah parti pembangkang baru-baru ini berhubung kedudukan Islam dan hala tujunya di negara yang kita cintai ini.



Yang lebih dibimbangi, jika apa yang dinyatakan itu adalah berdasarkan kepercayaannya dan bukan sekadar perjuangan politik semata-mata.



Jika benar, perkembangan ini umpama 'jam loceng' yang menyedarkan kita bahawa usaha 'meliberalkan Islam' di Malaysia kini semakin berani dinyatakan secara terang-terangan.



Mengapa ini berlaku? Antara sebabnya yang tidak dapat dinafikan adalah kesibukan berpolitik menyebabkan umat Islam kian lupa tentang tanggungjawab sebenar yang menanti mereka.



Peluang yang ada digunakan sebaik-baiknya oleh kelompok-kelompok tersebut untuk mengembangkan kepercayaan mereka.



Dalam masa sama, kuasa yang dikejar seolah-olah membenarkan golongan tertentu di negara ini sanggup melakukan apa sahaja atau apa yang disebut sebagai 'matlamat menghalalkan cara'.



Menerusi forum-forum atau perbincangan yang diadakan dari semasa ke semasa, menjelaskan kepada kita bahawa Islam liberal dan fahaman pluralisme sememangnya wujud di negara ini.



Namun, golongan tersebut tidak diberi ruang untuk menyatakan pendapat mereka secara terbuka kerana kerajaan yang ada tidak membenarkan aliran ini daripada berkembang.



Ini kerana umat Islam di negara ini berpegang kepada ajaran Ahli Sunah Waljamaah yang sentiasa tegak di atas landasan Islam berdasarkan hakikat al-Quran dan hadis-hadis.



Keadaan ini berbeza dengan apa yang berlaku di Indonesia. Negara jiran ini (Aceh) suatu ketika dahulu pernah digelar serambi Mekah dan menjadi tumpuan ulama, namun perubahan masa dan pengaruh luar berjaya merubah kepercayaannya.



Keterbukaan pihak pemerintah terhadap soal beragama turut mendorong umat Islam di negara itu 'memilih kepercayaan’ mereka sendiri.



Maka apa yang berlaku ialah bercambahnya golongan liberal dan fahaman pluralisme iaitu kumpulan yang melihat tindakan ulama sebagai penghalang kemajuan yang sepatutnya dicapai.



Golongan ini juga sering membawakan hadis-hadis tertentu dalam konteks hubungan Islam dengan agama-agama lain. Pada hal, sebagaimana kita sedari, hadis-hadis tersebut tidak membicarakan hubungan Islam dengan agama lain tersebut.



Kejayaan paling besar mereka adalah apabila kepercayaan terhadap ulama di negara itu sedikit demi sedikit berjaya dihakis. Hal ini menyebabkan hari ini perkahwinan berbeza agama di Indonesia bukan lagi sesuatu yang luar biasa selain gejala murtad turut dilaporkan semakin berleluasa.



Lebih menakutkan apabila ada pihak mendakwa pengaruh Kristian mungkin akan mengambil alih kedudukan Islam di negara itu suatu hari nanti.



Hakikatnya, dengan populasi penduduknya kira-kira 200 juta umat Islam dan teramai di dunia, Indonesia tidak diisytihar sebagai negara Islam.



Perkembangan ini sebenarnya amat menggusarkan kita. Adakah Malaysia sedang menuju ke arah proses asimilasi agama seperti apa yang dialami di Indonesia? Jika kenyataan pemimpin muda dari parti pembangkang di awal artikel ini diambil kira, perasaan ini wajar wujud


DIPETIK DARI: http://xtive.utusan.com.my/articles.php?article_id=41

.BERBICARA BIARLAH BENAR...

Selasa, 11 Disember 2012

Sampai Bila?

Sampai bila?.Itulah yang aku persoalkan didalam detik hati ini apabila aku melihat Anak Melayu,ada juga Pak Cik Warga Emas akan menjadi Hamba kepada Bangsa lain.Sampai bila Pak cik tua akan terus menjadi Pak Jaga dibangunan yang tinggi,atau dimana Pasaraya.Sampai Bila mereka akan memberi hormat kepada Tuan Boss,Yang sepatutnya mereka Jadi Tuan.Sampai bila anak melayu akan cuma menjadi pembantu stor atau kuli kepada orang lain,sedangkan mereka sepatutnya menjadi Tuan.Tidakkah terfikir oleh mereka untuk Menjadi "tauke' dan biar orang lain jadi Kuli.Sampai bila Orang Melayu cuma rata-rata tinggal di rumah Pangsa atau Rumah yang Dibantu Oleh Kerajaan (Terima Kasih Kerajaan),kerana ternyata mereka sukar nak membeli Rumah yang Luar Kemampua Mereka.Sampai bila Bangsa Melayu aka terus jadi begini,membiarkan "Kaum Mereka" menguasai segalanya,Sampai bila kita nak membiarkar mereka menguasai Ekonomi (Raja Segala Kuasa)....

Sampai bila kita orang Melayu hanya menyalah sesama sendiri....?Jangan kita cuma pandai berhasad dengki...Kaum lain yang senang hati.Marilah kita berebut kuasai Ekonomi,Ilmu Dan Kuasa agar Kita benar-benar menjadi TUAN DI BUMI moyang kita ini... BERBICARA BIARLAH BENAR...

Selasa, 3 Julai 2012

ILMU + WANG + TAKWA


Hello all, hope friends all the healthy self and the strength of mind and knowledge that we continue Our live Sometime a in our lives, we forget who we are, we forget the powers, because we are too Forget .We not be ashamed to be our weakness, and we do not ego with our wisdom, but we must realize to ourselves to find weaknesses in order to progress life. In This world hatred and ego is not proof of our success, in this world the extent of knowledge you have, that the success of the road, and that the actual KNOWLEDGE + MONEY + piety really is power to the admin .. thanks for accepting me to joint this groups. for reflection and talking with let TRUE .

Isnin, 18 Jun 2012

Dungun bakal miliki pelabuhan mini - BH - Berita Utama - Pusat Berita CARI

Dungun bakal miliki pelabuhan mini
DUNGUN: Daerah Dungun dijangka mempunyai pelabuhan mini apabila cadangan pembinaannya di Kuala Dungun menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh berkata, beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. “Kini, projek mendalamkan sungai di Kuala Dungun sedang berjalan lancar dengan kerja-kerja pembinaan benteng penahan ombak hampir siap. “Apabila kerja mendalamkan sungai selesai, barulah kita boleh memfokuskan terhadap pembinaan pelabuhan mini di Kuala Dungun,” katanya selepas merasmikan program 1Malaysia Green And Clean di Hutan Lipur Chemerong di sini, semalam.

Kewujudan pelabuhan itu akan mengimbas semula kegemilangan Dungun yang pernah menjadi pusat pelabuhan antarabangsa sekitar 60-an hingga 70-an apabila ia menjadi pelabuhan utama untuk pengangkutan bijih besi dari pusat perlombongan di Bukit Besi.

Ketika ini, Kuantan dan Kemaman adalah antara pelabuhan terbesar di pantai timur dalam aktiviti penghantaran bahan industri dan balak serta baik pulih kapal.

Matulidi berkata, dengan kewujudan pelabuhan mini itu, ia bukan sahaja akan merancakkan ekonomi setempat malah boleh menjana sumber pendapatan kepada penduduk dari aspek pelancongan.

“Kita sedar, Dungun adalah antara daerah yang agak terkebelakang dari aspek pelancongan sedangkan kita pernah menjadi tumpuan dunia apabila Rantau Abang menjadi lokasi pendaratan penyu sekitar tahun 70-an dulu.

“Strategi baru perlu diambil untuk melonjakkan semula tempat pelancongan di Dungun seperti Hutan Lipur Chemerong, Rantau Abang, Pasir Raja dan Pulau Tenggol," katanya. - BERNAM

BERBICARA BIARLAH BENAR...

Jumaat, 15 Jun 2012

Published with Blogger-droid v2.0.4

HARI INI,AMBIL REPORT CARD ANAK-ANAK

Hari ni aku nak bercerita hari terbuka sekolah senang cerita ambil kad kemajuan anak-anaklah.     Saja aku nak imbau zaman aku dulu,mana ada buku laporan prestasi macam sekarang,yang aku ingat,masa tu hanyalah sekeping kad yang cuma tulis keputusan,nombor berapa,dan komen.tapi sekarang dgm file cantik berkomputer lagi.Aku dulu mak dgn abah tak payah datang sekolah,cuma tgk kat kad kemajuan itu sahaja.dan anak-anak tak sabar nak tunjuk dgn mak bapak.Dulu Bukan ABC dulu cuma ada % shj.     Tapi apapun hari ini aku gembira anak dapat result yang bagus macam aku dan isteri dulu.Tahniah anak-anak ku FIERDAUS HAKIM DAN FIERHANA YASMINE ZULAIKHA


Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, 7 Jun 2012

Perlu mekanisme khusus atasi gejala LGBT - Entri Blog - Sinar Harian

Perlu mekanisme khusus atasi gejala LGBT - Entri Blog - Sinar Harian


Perlu mekanisme khusus atasi gejala LGBT
Dr Mohamad Khir Toyo
22 Mei 2012
Perlu mekanisme khusus atasi gejala LGBT
Dr Mohamad Khir Toyo
GEJALA Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender  (LGBT) semakin mendapat perhatian masyarakat dunia. Perilaku luar tabie kumpulan ini bukan sahaja jelas dilarang oleh Islam dan juga agama-agama lain tetapi bertentangan sama sekali dengan kemanusiaan.

Namun kumpulan ini semakin berkembang di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Sungguhpun Malaysia mempunyai undang-undang khusus mengambil tindakan terhadap kumpulan ini, namun lobi mereka kian lama kian membesar termasuk menarik simpati dari kalangan ahli politik.

Ada juga dakwaan ahli politik tertentu turut terbabit dengan gejala ini. Malahan kedatangan agen pelobi golongan LGBT di kalangan masyarakat Islam, Irshad Manji, juga khabarnya dinaungi ahli politik tertentu yang telah terpalit dengan dakwaan perilaku serupa.

Hari ini kumpulan gay dan lesbian ini tidak segan silu menunjukkan identiti mereka. Seolah-olah mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ada antara mereka menyalahkan takdir yang menyebabkan mereka menjadi sedemikian. Mereka juga berselindung di sebalik pandangan-pandangan saintis (yang sebahagiannya juga merupakan pengamal seks sejenis ini)  bahawa apa yang terjadi kepada mereka ialah keadaan semula jadi. Mereka sememangnya dilahirkan sebagai gay dan lesbian maka tidak sewajarnya mereka disalahkan atas keadaan ini.

Kumpulan ini juga sering kali menggunakan isu hak asasi manusia sebagai pelindung utama mereka. Sekiranya kita berbicara atau melontarkan pandangan yang anti kepada perbuatan mereka maka kita akan dicop sebagai homophobia. Negara-negara yang menghukum pengamal seks songsang ini akan dianggap ketinggalan zaman dan melanggar hak asasi manusia.

Kumpulan juga semakin kuat dari segi kewangan. Mereka menaja ramai pelobi dan pekerja hak asasi manusia agar menyokong ajaran sesat mereka. Banyak juga ahli akademik Islam dan Kristian yang menjadi alat mereka sehingga sanggup menafikan firman-firman ALLAH yang jelas sekali melaknati perbuatan seperti ini.

Sekiranya kita membiarkan gejala ini berterusan dan berleluasa tanpa tindakan sewajarnya, maka tidak mustahil suatu ketika nanti Malaysia akan menghalalkan kumpulan LGBT ini. Dengan pengikut kumpulan ini semakin membesar dan kemungkinan ahli-ahli politik yang pro mereka makin bertambah, maka suatu hari nanti Malaysia mungkin akan menjadi seperti beberapa negeri di Amerika Syarikat yang meluluskan Undang-undang perkahwinan sejenis.

Namun menghalang kumpulan ini melalui undang-undang yang ketat tidak menyelesaikan masalah. Mencerca dan menghina mereka secara berterusan juga tidak akan mengurangkan kumpulan ini jika tidak disusuli dengan usaha alternatif memulihkan mereka yang mahu pulih.

Justeru kerajaan perlu mewujudkan mekanisme dan pelan perancangan yang rapi dalam memulihkan kumpulan ini. Bantuan kaunseling, psikologi dan perubatan  perlu ditawarkan secara percuma kepada mereka yang terbabit dalam gejala ini dan mahu pulang ke pangkal jalan. Kumpulan saintis, ahli sosiologi dan agamawan  perlu duduk bersama mencari kaedah terbaik bagi mengatasi perilaku dan sikap anti kemanusiaan ini,.

Kerajaan perlu menyediakan strategi dan tempat pemulihan yang khusus untuk kumpulan ini. Mereka yang akan mengendalikannya pemulihan juga perlu mempunyai disiplin kerahsiaan yang tinggi bagi mengelakkan kumpulan ini menjauhkan diri kerana malu.

Satu badan bukan kerajaan khusus untuk membimbing kumpulan ini juga harus ditubuhkan secepat mungkin dan diberi dana yang mencukupi. Mungkin juga konsep pemulihan seperti Rumah Pengasih yang dibuat untuk bekas penagih dadah boleh diadakan untuk kumpulan ini.

Tidak ada gunanya kita mendakwa seorang dua yang melakukan gejala luar tabii ini tetapi tidak menyediakan ruang dan peluang untuk mereka yang telah terjebak dalam keadaan ini kembali ke pangkal jalan.

Mengherdik, mencerca dan menghina kumpulan ini tidak memberi apa-apa keuntungan kepada masyarakat. Ia hanya menjauhkan mereka daripada kita dan menyukarkan proses pemulihan. Akhirnya kumpulan ini makin membesar kerana kita menjauhi mereka dan tidak berusaha memulihkannya.

* Dipetik dari blog Dr Mohamad Khir Toyo

BERBICARA BIARLAH BENAR...

Ahad, 27 Mei 2012

Kelah Dan Sebarau (Kenangan Cuti Sekolah)

HARI ini bermulah cuti persekolahan buat anak.-anakku yang bersekolah.Tak tahulah aktiviti yang nak dilakukan buat mereka.Nak balik kampung anak-anak ada kelas tambahan. TERINGAT ketika zaman kecil aku dulu waktu cuti sekolah paling seronok kerana dpt blk kampung,mana taknya aku darjah 4 sudah mula menginap di asrama.

TIME cuti macam inilah dpt aku bermanja dgn arwah abah dan mak aku.Yang seronoknya aku dapat 'manah' atau jala ikan dr lubuk senduk sampai kalang aku.Masa tu ikan 'sia' ni guna tangan je kalau tangkap.Ikan sikan,keripong atau kelah tu mainan.Tapi le ni semua tiada,kesian anak2 aku tak dpt merasa jernihnya sungai,seronoknya mudit dgn 'motobot',ini semua angkara rakusnya mereka yg menjahanamkan,gengster pembalakan terlalu rakus.


Bilakah aku dapat kembali udang galah yang membiru dikepala batu itu,bilakah lagi anak sia akan membesar.Ikan sebarau dan sikan mengejar kail.AGAR anak aku dpt merasa spt apa yang ku rasa.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 25 Mei 2012

Bagaimana Kalau Bukan Melayu Atau Muslim Jadi PM

Hari ni aku terbaca didlm akhbar Ada Pemimpin dari golongan pembangkan katanya dia akan berusaha agar akan ada golongan bukan Melayu akan jadi PM.Sudah bersediakah kita org melayu dipimpin oleh kaum lain?


RAMAI yang membantah kerana yang membantah ini adalah golongan yang sedar bahawa keTUANAN MELAYU DiTanah Melayu yg diwarisi tidak harus dijual atau digadai.apatah lagi kewajipan menjaga keuntuhan Agama Islam sebagai Agama Resmi,Tuanku RAJA-RAJA sbg pay


ung dan ketua agama.                          



Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, 24 Mei 2012

MIM LAM ALIF YA WAU

Ternyata org melayu mudah diperdaya,pengalaman ketika berbicara dgn kenalan luar negara yg turut simpati,ramai kekawan aku mengatakan org melayu kat malaysia ni memang jenis mudah terpedaya,org nak rosakan mrkpun mrk tak sedar.org melayu ni malas kerja kalau nak bandingkan kaum pribumi sarawak tp nak cepat kaya.org melayu ni sukar nak kerja mudah termasuk bila nak memerintah.Kalaulah tak kerana ada sifat ke melayuan dlm Pimpinan dahulu,org melayu akan terus layu,krn sifat malas dan kedegilan itu.Biarlah org kata masih amalkan perkauman,tp kita cuma nak org melayu maju,rasanya kita bukan nak rampas hak saudara dari bangsa lain.Ramai kata carilah sumber DIINTERNATE...semua betul ke?,kalau semua betul payahlah,blog pro pembakang betuk,pro kerajaan betul,jadi semuanya betul sbb dtg dari internate...adus lagi pening.pada pendapat aku,biarlah ikut suara majoriti,sbb tak semua suka demontrasi.dan jgnlah kita org MIM LAM ALIF YA WAU ni digunakan.jom kita jadi bangsa yg kuat,dlm ekonomi,pendidikan,agama dan politik tapi bukan politik jalanan.Kepada golongan muda anda pewaris anak cucu kami,apakah yg anda bawa haluan utk mrk?terus kekalkan tanah warisan ditangan kita atau sudah tergadai spt bumi temasik yg dulu jua adalah warisan tanah melayu.Mahukan kita org melayu dihijrahkan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 11 Mei 2012

Karim: FAM kalis teguran ,

Karim: FAM kalis teguran - Sukan - Sinar Harian
Bila aku baca Petikan ini kekadang ada benarnya...Itulah sebenarnya siapa yang boleh menegur...
Menteri Muda Pembangunan Belia Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah.
“FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) sepa­tutnya bersedia menerima teguran atau kritikan dalam usaha membangunkan sukan bola sepak di negara ini,” kata Menteri Muda Pembangunan Belia Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata demi­kian ketika mengulas kenya­taan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah kelmarin yang meminta penyokong bola sepak meneliti dan memahami undang-undang badan induk itu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Karim yang dipetik menerusi Utusan Borneo Online berkata, sekiranya badan bola sepak negara itu tidak boleh ditegur, maka banyak pihak yang tidak akan berpuas hati.
“Saya tidak khuatir dengan pandangan Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah), namun tindakan Jawatankuasa Tatatertib FAM perlu lebih beretika bagi mengelak menge­luarkan keputusan tidak munasabah, kejam, keterlaluan dan tidak membina untuk sukan ­­bola sepak.
“Malah, presidennya sendiri harus bersedia menerima kritikan. Seseorang presiden badan seperti FAM bukannya above the board dan tidak boleh ditegur,” katanya.
Dalam pada itu, Presiden FAS, Datuk Sudarsono Osman berkata, pihaknya tetap menggunakan saluran diplomatik untuk menyelesaikan kemelut yang menimpa persatuan itu setelah didenda RM75,500 oleh FAM.
FAS didenda atas dua kesalahan selain terpaksa beraksi tanpa penonton bagi empat perlawanan setelah dikatakan gagal menyediakan langkah keselamatan ketika Sarawak menentang Lions XII dan Kelantan pada saingan Liga Super di Stadium Negeri yang berlangsung pada 17 Mac dan 7 April lalu.
BERBICARA BIARLAH BENAR...

Khamis, 10 Mei 2012

TAHNIAH BUAT WARGA FELDA

Sejarah tercipta buat warga Felda,Dari Utara Sampai Keselatan,Timur Kebarat...Durian runtuh sebanyak RM15,000.00 seorang telah diumumkan oleh PM Malaysia,Dato' Seri Najib sebagai bukti kesungguhan beliau dalam usaha membasmi kemiskinan dan juga sebagai tanda mengenang jasa susah payah warga FELDA memajukan Tanah-Tanah FELDA>

Tetapi seperti biasa Pasti ada mulut gatal yang akan membantah dan mengambil kesempatan dengan alasan itu hnayalah Propaganda PRU,bagi aku tak kisahlah dia Propaganda ke atau apa sekalipun yang penting PM telah berusaha menjayakan matlamat Rakyat Didahulukan.BERBICARA BIARLAH BENAR...

Ahad, 6 Mei 2012

Enjoy a pizza and kebab meal with 3 friends at #deCarlo at RM39. That's a steal!

Enjoy a pizza and kebab meal with 3 friends at #deCarlo at RM39. That's a steal!

BERBICARA BIARLAH BENAR...

Chelsea juara Piala FA - EPL - Sinar Harian


Chelsea juara Piala FA -Dipetik Dari Sinar Harian
Wartawan Sinar Harian
6 Mei 2012
Piala FA
$entry.content.caption.value
CHELSEA muncul juala Piala FA buat kali ketujuh dengan mengatasi Liverpool 2-1 di Stadium Wembley, London hari ini.
Dengan mempamerkan permainan cemerlang dan bertenaga sejak awal pertemuan, gol Chelsea dijaringkan pada minit ke-11 oleh Ramires dan disusuli menerusi jaringan Didier Drogba pada minit ke-52.
Liverpool yang dilihat kurang menyengat di peringkat awal perlawanan, hanya menjaringkan gol pada minit ke-64 menerusi Andy Carroll.
Carroll sekali lagi menanduk bola ke arah gawang, kira-kira 15 minit kemudian dan mencetuskan kontroversi, tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Chelsea.
Penjaga garisan juga memutuskan tandukan Carroll tidak boleh dianggap sebagai gol.
Liverpool yang gagal mempamerkan prestasi cemerlang dalam persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, sekali lagi terlepas peluang untuk menambah gelaran.
Februari lalu, Liverpool memenangi Piala Carling.
Kemenangan hari ini juga bermakna bagi pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo, dan sudah pasti mahu menggunakan kejayaan terbaru ini sebagai bekalan untuk memburu gelaran Liga Juara-juara.
Di Matteo, 41, pernah menang Piala FA dua kali atas kapasiti sebagai pemain tengah Chelsea iaitu pada 1997 dan 2000.
Kejayaan hari ini satu lagi perkembangan baik bagi Chelsea.
Di bawah kepimpinan Di Matteo, Chelsea telah mempamerkan perkembangan menakjubkan sejak pertengahan Mac lalu - mara ke perlawanan akhir Piala FA dan Liga Juara-juara selain berada di tempat empat teratas EPL

BERBICARA BIARLAH BENAR...

Pasca 28.04.2012

Sambil aku tengok bola,Chelsea VS Liverpool,aku saja nak menulis memikirkan telatah anak melayu hari ini.Kalau dulu anak-anak melayu terkenal dengan budaya sopan santunnya,tapi kini dah menjadi samseng jalanan.Bukan aku nak mengutuk dengan tentera baju kuning yang menyerang kotaraya pada 28hb April 2012,tetapi mata akulah,sikap biadap dan kurang ajar itu dah melampau.Apa yang dapat dilihat Orang Melayu yang ratanya mengaku Menganut Islam,telah menyongsangkan diri mereka dari apa yang patut dilakukan oleh umat islam.Macam orang dirasuk histeria.(Goooollll dah 2 kosong ,drogba sumbat gol).

.
 Sebenar apa lagi yang tak cukup dengan apa yang ada sekarang ni,kita dah elok duduk aman,kalau nak kata PRU tak bersih,susah nak jelaskanlah,kat luar negarapun kalau pihak yang kalah tu kalah alasannya begitu juga,tapi bukti yang jelas tak ada. Bagi SPR ,jalankan tugas seperti biasa,dia orang tak akan pernah puas hati,walaupun mereka ada negeri ditawan.Selagi mereka tak duduk Putrajaya,macam tulah.Bagi orang-orang pejuang UMNO selamat menyambut ulang tahun ke 66 semoga anda semua terus menjadi pejuang umat melayu yang hampir dikhianati oleh kaum mereka.Apa yang aku harapkan sesiapa yang nak buat sesuatu fikirkan anak-anak kita...

Dah habis dah bola..akupun tamatlah nak cerita....semoga kita sama melayu terus maju dan tak dikudakan lagi

Selasa, 24 April 2012

Didik Keluarga Tentang Istiqamah - Pama Plus - Pa Ma

Didik Keluarga Tentang Istiqamah - Pama Plus - Pa Ma


Didik Keluarga Tentang Istiqamah

rehlah
Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun masih ramai yang belum jelas tentang maksud sebenar istiqamah. Jom bersama Pa&Ma mencari pengertian istiqamah dan bagaimana mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita.

Umumnya, maksud istiqamah ialah berdiri teguh atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan dan tidak akan berganjak sedikit pun walau pelbagai rintangan mendatang. Secara ringkasnya, cita-cita atau keinginan untuk melakukan sesuatu yang baik akan sentiasa berhadapan dengan cabaran. Tetapi, jika anda kuat dan punyai prinsip atau pegangan hidup yang mantap, pasti anda akan berjihad, berjuang bermati-matian untuk merealisasikan cita-cita. Pendirian teguh inilah istiqamah.

Untuk lebih jelas, kaitan hal ini dalam kehidupan kita. Contohnya, azam untuk mengajak anak-anak bersembahyang subuh berjemaah di masjid setiap hari. Azam tersebut adalah cita-cita murni yang memang patut dilaksanakan untuk meraih keredaan Allah SWT dan keberkatan dalam hidup. Jika di rumah sendiri tentu tidak ada masalah. Tetapi, jika kita pulang ke kampung, pergi melancong atau keluar daerah atas urusan kerja, bagaimanakah untuk mengekalkannya? Bagaimanakah untuk istiqamah? Ketika inilah munculnya cabaran. Cabaran untuk tetap solat subuh berjemaah di masjid meskipun di mana pun berada. Sebenarnya cabaran atau rintangan seperti itu bukanlah satu masalah yang besar lebih-lebih lagi apabila jiwa anda sudah dipenuhi iman. Agar dapat terus mengamalkan solat subuh berjemaah di masjid walaupun berada di luar daerah, carilah tempat penginapan yang hampir dengan masjid. Jika ini menjadi amalan anda dan dalam masa turut mengajak anak bersama melaksanakannya, tentu amalan baik ini mampu diteruskan hingga ke anak cucu. Insya-Allah.

Begitu juga istiqamah dengan Al-Quran. Sekiranya anda sudah berazam mahu membaca Al-Quran setiap hari, anda perlu teruskan tidak kira di mana pun berada. Dicadangkan agar anda menetapkan masa yang sama untuk membacanya setiap hari. Misalnya, ketika selesai solat Maghrib sementara menunggu solat Isyak. Masa itu, ajak anak bersama-sama membaca Al Quran. Walaupun ada ketikanya, anda tidak dapat membaca banyak atas kekangan tertentu seperti ada tetamu, tidak mengapa. Yang pentingnya Al Quran tetap dibaca setiap hari.

Kita pun perlu istiqamah dalam mendidik anak-anak tentang Islam. Didik dan amalkan cara hidup Islam seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Ajak diri sendiri dan anak-anak beribadat, menjalani kehidupan seharian dan berdakwah cara Rasulullah SAW. Beritahu anak tentang kelebihan-kelebihan melakukannya. Misalnya, kelebihan solat di awal waktu, kelebihan solat berjemaah, kelebihan membaca Al-Quran dan kelebihan berdoa sebelum melakukan sebarang aktiviti. Walaupun mereka seolah-olah tidak ambil peduli dan tidak faham tentang apa yang anda cakapkan, jangan berputus asa.

Seelok-eloknya gunakan bahasa dan contoh yang mudah agar anak memahaminya. Meskipun banyak yang menghalang proses pembelajaran daripada berjalan lancar, teruskan mendidiknya tanpa jemu. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebung.

Pada dasarnya, amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi hanya untuk beberapa ketika. Ketahuilah bahawa istiqamah dalam menunaikan tuntutan iman adalah suatu jihad.

5 Elemen Utama Istiqamah :
1. Berpegang kepada akidah yang benar.
2. Melaksanakan tuntutan syariat berpandukan Al-Quran dan Hadis.
3. Mempunyai prinsip hidup dan keyakinan diri yang mantap.
4. Tidak terpengaruh dengan godaan dan hasutan syaitan.
5. Tidak tunduk pada tekanan demi kebenaran.

Cara Untuk Meraih Istiqamah :
º Kesedaran dan kefahaman yang benar
º Untuk mencapai darjat istiqamah yang maksimum, pemahaman terhadap ajaran Islam secara sempurna sangat-sangat diperlukan.
º Muslim yang memahami ajaran agamanya dengan baik tidak akan bimbang menjalani kehidupan dunia dan akan tetap istiqamah menghadapi godaan walau sedahsyat mana sekali pun.
º Memahami dan mengamalkan dua kalimah syahadah dengan baik dan benar.
º Mendekatkan diri kepada Allah SWT dan merasakan pengawasan-Nya setiap masa.
º Bersungguh-sungguh dalam beribadah dan melaksanakan seluruh nilai-nilai Islam dalam kehidupan.
º Bergaul dengan orang yang istiqamah.
º Ini sangat membantu seseorang untuk sentiasa istiqamah di jalan Allah SWT. Teman-teman yang soleh akan sentiasa mengingatkan kita untuk berbuat baik serta mengingatkan kita dari kekeliruan. Bahkan dalam Al-Quran disebutkan bahawa perkara yang sangat membantu meneguhkan keimanan para sahabat.
º Mu’qabah atau menghukum diri sendiri atas kecuaian yang dilakukannya.
º Menghayati sirah orang-orang yang istiqamah dan mengambil teladan daripadanya.
º Berdoa kepada Allah SWT agar kita mampu beristiqamah. Doa adalah senjata umat Isla

BERBICARA BIARLAH BENAR...

Translate