Sabtu, 4 Januari 2014

CUTI HARI JUMAAT DI JOHOR,

Assalamualaikum,saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2014 kepada semua kenalan.Tahun baru banyak yang akan berubah.Tarif TNB Naik,Astro Naik,Dan Tidak ketinggalan JOHOR akan bercuti pada hari Jumaat Dan Sabtu bagi Perkhidmatan Awam.

Sebenarnya Terlalu Banyak Kebaikan Jika Jumaat Sebagai Cuti Untuk sektor Perkhidmatan Awam,Kenapa?Pada Hari Jumaat,kita sedia maklum Kakitangan Perkhidmatan Awam waktu rehat tengaharinya Panjang.Dengan Alasan untuk mengizinkan Kaum lelaki menunaikan Sholat Jumaat,Walaupun ada Kaum lelaki Yang lepak di kedai Mamak dan sebagainya.Oleh itu bila cuti hujung minggu pada jumaat tidak wujudlah urusan kaunter dipendekan.

Apa yang saya ingin mempersoalkan kenapa hanya Sektor Perkhidmatan Awam,Bagaimana nasib pekerja yang bekerja disektor swasta yang rata-rata masih bercuti pada hari Sabtu Dan Ahad.Banyak Keburukan pula timbul disini.


Sebagai contoh Ibu bapa bekerja pada hari Jumaat Dan Sabtu kerana mereka bekerja di sektor Swasta yang Majikannya mengambil keputusan kekal Cuti Pada Sabtu Dan Ahad,Anak-anak yang tak bersekolah terbiar dirumah,Kalau dulu ibu bapa tak perlu risau kerana mereka tahu anak-anak bersekolah samada sekolah Kebangsaan,Sekolah Menengah atau Sekolah Agama.Jadi sekarang kos untuk menjaga anak terpaksa difikirkan pula.

Begitu juga dari segi sektor kekeluargaan jika suami atau isteri  bekerja d Sektor Awam dan si Suami di sektor swasta bilakah waktu hujung minggu untuk keluarga ini?Apakah Kerajaan dibawah pimpinan Menteri Besar tidak terfikir akan nasib golongan ini?Kenapa tidak selaraskan agar semua cuti Hujung minggu pada Hari Jumaat Dan Sabtu seperti Negeri Kedah,Kelantan Dan Terengganu.Kenapa disini sahaja yang ada cuti hujung minggu yang berbeza?
  #cutijumaat,#cutidijohor              BERBICARA BIARLAH BENAR...

Translate