Khamis, 13 Disember 2012

SELAMANYA HARIMAU MALAYA...AYUH

  Hari ini adalah Perjuangan Hidup Dan Mati Harimau Malaya,Walaupun kita mungkin berada dilandasan yang sukar untuk mempertahankan kejuaraan,tetapi dengan semangat yang ada,pasti kita boleh melangkah ke Perlawanan akhir menewaskan Sang Gajah Perang (Thailand).Ayuh pastikan kita semua memberi sokongan padu...http://www.affsuzukicup.com/fixtures2012.html#.UMnBW75oJPw.blogger  BERBICARA BIARLAH BENAR...

myMetro | Mencapai istiqamah

Mencapai istiqamah


ISTIQAMAH adalah satu perkataan bagi menggambarkan sifat unik yang mungkin sukar diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda kita.
Istiqamah bermaksud menuruti jalan yang lurus, iaitu jalan tanpa bengkang-bengkok meliputi segenap perbuatan taat sama ada yang zahir atau batin serta meninggalkan segala yang dilarang Allah SWT.

Kebiasaannya, istiqamah menyusul selepas beriman kepada Allah kerana iman adalah asas kepada keutuhan istiqamah. Tanpa iman yang utuh, tiada istiqamah dalam diri seorang Muslim.

Dalam kamus bahasa, istiqamah diertikan sebagai sikap teguh pendirian dan sentiasa konsisten.

Saidina Abu Bakar RA ketika ditanya mengenai istiqamah menjawab bahawasanya: “Istiqamah adalah kemurnian tauhid (tidak boleh menyekutukan Allah dengan apa dan siapapun).”

Umar Al Khattab RA pula menyatakan bahawasanya: “Istiqamah adalah kamu berdiri di atas perintah dan larangan dan tidak terumbang ambing seperti musang (yang berlari ke sana ke mari).”

Sementara itu, Usman bin Affan RA menyifatkan istiqamah sebagai: “... mengikhlaskan amal kepada Allah SWT.”

Secara mudahnya, istiqamah dapat difahami sebagai melakukan perkara baik secara berterusan dan ikhlas kerana Allah hanya untuk mencapai keredaan Allah SWT.

Namun dalam realitinya, istiqamah sukar diterjemahkan kerana diancam oleh pujukan hawa nafsu, disangsikan pula oleh bisikan syaitan. Oleh itu, kadangkala kita menjadi keliru dan was-was dengan jalan dipilih.

Apatah lagi apabila melaksanakan sunnah Rasulullah SAW atau syariat Allah pada akhir zaman ini yang diibaratkan umpama menggenggam bara api, sekali gus membuatkan kita kadang kala dipandang jelek dan kolot.

Ada orang yang berhijrah daripada tidak menutup aurat kepada menutup aurat, tetapi kemudian membuka kembali auratnya kerana berasa tidak yakin dengan penampilannya di dalam masyarakat selain tidak tahan mendengar ejekan sinis orang sekeliling.

Begitu juga apabila berbicara mengenai istiqamah dalam masyarakat umat Islam. Umat Islam yang beristiqamah adalah keadaan di mana seseorang itu melaksanakan tuntutan agama dalam pegangan akidah, kepercayaan, ibadah dan perlakuan tanpa keraguan terhadap apa diwahyukan Allah melalui Rasul-Nya.

Pendek kata, melaksanakan semua tuntutan Allah tanpa memilih mana yang sesuai dengan alasan mengikut peredaran zaman.

Bukti istiqamah ini dirakam oleh Allah SWT dalam ayat 162 surah Al-An’am bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.”

Istiqamah juga diungkapkan sebagai mencapai atau merealisasi tujuan kejadian manusia. Perkara ini disebut oleh Allah dalam surah Az-Zariyat, ayat 56 bermaksud: “Tidak Aku (Allah) menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah (beribadat) kepada-Ku.”

Selain itu, seperti dibicarakan di atas, istiqamah juga bererti menerima segala hukum-hakam Allah dalam al-Quran dan apa yang dijelaskan Rasulullah SAW dengan pasrah dan bersungguh-sungguh.

Hakikat ini diperjelaskan oleh Allah menerusi surah al-Ahzab, ayat 36, bermaksud: “Dan tidaklah patut bagi lelaki beriman dan tidak pula bagi wanita beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) mengenai urusan mereka.”

Di dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim, ada beberapa panduan bagaimana untuk kita menuju kepada istiqamah. Antaranya:


1. Kesedaran dan kefahaman benar mengenai Islam.

Untuk mencapai darjat istiqamah secara maksimum, seseorang itu memerlukan pemahaman terhadap Islam secukupnya. Muslim yang memahami ajaran agamanya dengan baik tidak akan bimbang menjalani kehidupan dunia.

a akan tetap istiqamah menghadapi badai godaan walau seteruk mana sekalipun ia datang menggoncang. Pemahaman mengenai Islam yang tidak sempurna hanya membawanya ke jalan sesat.


2. Mendekatkan diri kepada Allah dan merasakan pengawasan-Nya.

Dua perkara ini sangat penting. Ketika seorang Muslim merasa dekat dengan Allah, ke mana pun ia pergi, di mana pun ia berada dan bagaimana pun situasi dan keadaannya, dengan keyakinan penuh ia akan sentiasa merasa diawasi dan dilihat oleh Allah. Dengan begitu, seseorang itu tidak lagi berani menyimpang dari jalan-Nya.

Allah SWT berfirman menerusi surah Al-Baqarah, ayat 235, bermaksud: “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; Maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


3. Bergaul bersama orang soleh dan beristiqamah.

Ini sangat membantu seseorang untuk sentiasa istiqamah di jalan Allah SWT. Teman yang soleh akan sentiasa mengingatkan kita untuk berbuat baik serta mengingatkan kita daripada kekeliruan.

Bukan bermaksud memutuskan hubungan silaturahim dengan mereka yang tidak menampilkan ciri-ciri Islamik, tetapi hanya cuba lebih rapat dengan mereka yang soleh supaya kita tidak tergelincir daripada landasan sebenar istiqamah.


4. Berdoa kepada Allah SWT supaya sentiasa dikurniakan istiqamah hingga akhir hayat.

Antara cara terbaik bagi mewujudkan sikap istiqamah dalam diri adalah apabila seseorang itu sentiasa memohon pertolongan Allah dalam segala urusan dan keadaan.

Ummu Salamah RA mengatakan, bahawasanya ada satu doa yang sering dibaca serta diamalkan oleh Rasulullah SAW yang berbunyi: “Yaa muqallibal qulub tsabbit qalbi ‘ala diinik”

Doa ini bermaksud: “Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Hakim serta disahkan sahih oleh Az Zahabi di dalam kitab Shahihul Jami’)

Semoga dengan sedikit penerangan mengenai sifat istiqamah ini, kita semua dikurniakan jalan lurus untuk mencari keredaan Allah SWT sebagaimana hakikatnya yang mengatakan: jika mengimpikan syurga, jangan sekali-kali mengimpikan jalan luas untuk ke sana.
BERBICARA BIARLAH BENAR...

Jangan jadikan masjid medan perpecahan

Jangan jadikan masjid medan perpecahan


Jangan jadikan masjid medan perpecahan

IPOH 9 Dis. - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kesal dengan kecenderungan pihak tertentu menjadikan masjid sebagai medan perpecahan dengan memburuk-burukkan sesama Islam sedangkan rumah Allah itu sepatutnya dijadikan tempat penyatuan ummah.
Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam termasuk ahli jawatankuasa masjid menjemput penceramah yang boleh memberikan ilmu agama dan bukannya memecahkan sesama mereka.
Malah Harussani berkata, beliau sendiri turut menjadi mangsa kutukan dan diberi pelbagai gelaran untuk memburuk-burukkannya.
"Saya juga sedih kerana masih ada lagi orang baca khutbah nama 'Haramsani'. Saya tidak peduli sebab itu menunjukkan kejahilan mereka. Orang baca khutbah dengan memburukkan orang lain, itu fasik namanya," ujarnya.
Beliau berucap merasmikan Surau Rafeah di Meru Perdana yang turut dihadiri Pengurus Besar Kanan Kumpulan MK Land Holdings Berhad, Kamarulzaman Abu Bakar, di sini hari ini.
Surau yang dibina dengan kos RM500,000 oleh Yayasan Emkay itu boleh memuatkan seramai 180 orang jemaah di dewan solat dan 270 orang semasa solat tarawih.
Dalam perkembangan sama, Harussani meminta umat Islam tidak sekadar seronok dan berlumba-lumba membina masjid yang indah tetapi lupa tanggungjawab menjaga dan mengimarahkan rumah Allah itu selepas siap.
Katanya, kebanyakan masjid hanya penuh pada hari Jumaat sahaja tetapi kekurangan jemaah pada hari-hari lain terutamanya semasa solat Subuh dan masalah itu bukan hanya berlaku di negara ini tetapi kepada umat Islam di seluruh dunia.
"Umat Islam berlumba-lumba membina masjid supaya menjadi yang tercantik dan teragung di dunia, tetapi kecantikan dan keagungan masjid itu tidak memberikan tanggungjawab kepada umat Islam untuk mengingati Allah," katanya.
Menurut Harussani, masalah itu tidak berlaku pada zaman sebelum merdeka kerana masjid atau surau ketika itu dibina atas hasil usaha setiap umat Islam sendiri dengan mewakafkan tanah dan sumbangan derma.
"Selepas merdeka, masjid dibina dengan bantuan kerajaan sehingga setiap daerah ada masjid yang dibina dengan belanja yang cukup hebat, tetapi malangnya sambutan orang Islam tidak begitu menggalakkan sebab mereka rasa rumah ibadat tersebut bukan kepunyaan mereka tetapi milik kerajaan.
"Apabila masjid rosak, bocor atau apa sahaja yang berlaku, mereka meminta bantuan daripada kerajaan seolah-olah sudah tidak ada tanggungjawab manusia," katanya.

BERBICARA BIARLAH BENAR...

Kita masih perlu laksana tindakan afirmatif - Dr. M

Kita masih perlu laksana tindakan afirmatif - Dr. M


PUTRAJAYA 12 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia masih perlu melaksanakan tindakan afirmatif untuk membantu lebih ramai orang Melayu bersaing dalam pasaran dan akses kepada kekayaan.
Dr. Mahathir bagaimanapun berkata, tindakan afirmatif yang berperanan memastikan kestabilan dan mengurangkan jurang kekayaan itu hanya merupakan tongkat sementara untuk Melayu dan bumiputera lain.
''Kita mahu lebih ramai Melayu akses kepada kekayaan, untuk tujuan ini kita perlu kekalkan sesetengah elemen tindakan sedemikian tetapi bukan semuanya.
''Tindakan tersebut merupakan tongkat sementara, tetapi tongkat ini akan pergi apabila kita mempunyai jumlah orang Melayu yang cukup banyak untuk bersaing di pasaran," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam majlis wacana perdana yang mengupas isu relevan tindakan afirmatif Malaysia di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Terma tindakan afirmatif pertama kali digunakan di Amerika Syarikat pada 1961 dengan merujuk kepada dasar untuk mempertimbangkan faktor kaum, gender dan agama dalam kerjaya, pendidikan dan perniagaan bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan berkenaan.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, tindakan afirmatif di negara ini merupakan faktor yang menjamin kestabilan sekali gus membawa kemakmuran ekonomi kepada Malaysia.
''Semasa Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan secara sepenuhnya semasa 1987 hingga 1997, kita mencapai pertumbuhan tertinggi iaitu antara lapan hingga 10 peratus.
''Dakwaan bahawa DEB menafikan pertumbuhan adalah tidak berlandas fakta kerana negara kita tumbuh dengan sangat pantas malahan mengatasi sesetengah negara yang dilabelkan sebagai negara maju," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121213/dn_02/Kita-masih-perlu-laksana-tindakan-afirmatif---Dr-M#ixzz2D0vnHQeV
© Utusan Melayu (M) Bhd

BERBICARA BIARLAH BENAR...

SELAMATKAH ISLAM DI MALAYSIA

ADA pengertian lebih besar sebenarnya boleh 'dibaca' di sebalik kenyataan seorang pemimpin muda daripada sebuah parti pembangkang baru-baru ini berhubung kedudukan Islam dan hala tujunya di negara yang kita cintai ini.



Yang lebih dibimbangi, jika apa yang dinyatakan itu adalah berdasarkan kepercayaannya dan bukan sekadar perjuangan politik semata-mata.



Jika benar, perkembangan ini umpama 'jam loceng' yang menyedarkan kita bahawa usaha 'meliberalkan Islam' di Malaysia kini semakin berani dinyatakan secara terang-terangan.



Mengapa ini berlaku? Antara sebabnya yang tidak dapat dinafikan adalah kesibukan berpolitik menyebabkan umat Islam kian lupa tentang tanggungjawab sebenar yang menanti mereka.



Peluang yang ada digunakan sebaik-baiknya oleh kelompok-kelompok tersebut untuk mengembangkan kepercayaan mereka.



Dalam masa sama, kuasa yang dikejar seolah-olah membenarkan golongan tertentu di negara ini sanggup melakukan apa sahaja atau apa yang disebut sebagai 'matlamat menghalalkan cara'.



Menerusi forum-forum atau perbincangan yang diadakan dari semasa ke semasa, menjelaskan kepada kita bahawa Islam liberal dan fahaman pluralisme sememangnya wujud di negara ini.



Namun, golongan tersebut tidak diberi ruang untuk menyatakan pendapat mereka secara terbuka kerana kerajaan yang ada tidak membenarkan aliran ini daripada berkembang.



Ini kerana umat Islam di negara ini berpegang kepada ajaran Ahli Sunah Waljamaah yang sentiasa tegak di atas landasan Islam berdasarkan hakikat al-Quran dan hadis-hadis.



Keadaan ini berbeza dengan apa yang berlaku di Indonesia. Negara jiran ini (Aceh) suatu ketika dahulu pernah digelar serambi Mekah dan menjadi tumpuan ulama, namun perubahan masa dan pengaruh luar berjaya merubah kepercayaannya.



Keterbukaan pihak pemerintah terhadap soal beragama turut mendorong umat Islam di negara itu 'memilih kepercayaan’ mereka sendiri.



Maka apa yang berlaku ialah bercambahnya golongan liberal dan fahaman pluralisme iaitu kumpulan yang melihat tindakan ulama sebagai penghalang kemajuan yang sepatutnya dicapai.



Golongan ini juga sering membawakan hadis-hadis tertentu dalam konteks hubungan Islam dengan agama-agama lain. Pada hal, sebagaimana kita sedari, hadis-hadis tersebut tidak membicarakan hubungan Islam dengan agama lain tersebut.



Kejayaan paling besar mereka adalah apabila kepercayaan terhadap ulama di negara itu sedikit demi sedikit berjaya dihakis. Hal ini menyebabkan hari ini perkahwinan berbeza agama di Indonesia bukan lagi sesuatu yang luar biasa selain gejala murtad turut dilaporkan semakin berleluasa.



Lebih menakutkan apabila ada pihak mendakwa pengaruh Kristian mungkin akan mengambil alih kedudukan Islam di negara itu suatu hari nanti.



Hakikatnya, dengan populasi penduduknya kira-kira 200 juta umat Islam dan teramai di dunia, Indonesia tidak diisytihar sebagai negara Islam.



Perkembangan ini sebenarnya amat menggusarkan kita. Adakah Malaysia sedang menuju ke arah proses asimilasi agama seperti apa yang dialami di Indonesia? Jika kenyataan pemimpin muda dari parti pembangkang di awal artikel ini diambil kira, perasaan ini wajar wujud


DIPETIK DARI: http://xtive.utusan.com.my/articles.php?article_id=41

.BERBICARA BIARLAH BENAR...

Selasa, 11 Disember 2012

Sampai Bila?

Sampai bila?.Itulah yang aku persoalkan didalam detik hati ini apabila aku melihat Anak Melayu,ada juga Pak Cik Warga Emas akan menjadi Hamba kepada Bangsa lain.Sampai bila Pak cik tua akan terus menjadi Pak Jaga dibangunan yang tinggi,atau dimana Pasaraya.Sampai Bila mereka akan memberi hormat kepada Tuan Boss,Yang sepatutnya mereka Jadi Tuan.Sampai bila anak melayu akan cuma menjadi pembantu stor atau kuli kepada orang lain,sedangkan mereka sepatutnya menjadi Tuan.Tidakkah terfikir oleh mereka untuk Menjadi "tauke' dan biar orang lain jadi Kuli.Sampai bila Orang Melayu cuma rata-rata tinggal di rumah Pangsa atau Rumah yang Dibantu Oleh Kerajaan (Terima Kasih Kerajaan),kerana ternyata mereka sukar nak membeli Rumah yang Luar Kemampua Mereka.Sampai bila Bangsa Melayu aka terus jadi begini,membiarkan "Kaum Mereka" menguasai segalanya,Sampai bila kita nak membiarkar mereka menguasai Ekonomi (Raja Segala Kuasa)....

Sampai bila kita orang Melayu hanya menyalah sesama sendiri....?Jangan kita cuma pandai berhasad dengki...Kaum lain yang senang hati.Marilah kita berebut kuasai Ekonomi,Ilmu Dan Kuasa agar Kita benar-benar menjadi TUAN DI BUMI moyang kita ini... BERBICARA BIARLAH BENAR...

Translate