Isnin, 23 Disember 2013

Untuk Dikongsi

Org pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell ..
kalau org pertama tulis bismillah ??????? kalau anak-anak tanya kepada ibubapa...mampus nak jawab ni!.. simpan nota ini.

      30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
   Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada
hari qiamat :
    Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah
pada hari qiamat :    
     Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
  Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh
hijrah :
Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah
dalam Islam :
Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :
Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /
lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan
fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan adzan: Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi
SAW :
Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama menghunus
pedang dalam
perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat
perpustakaan awam
Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar
Al-Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas
Rasulullah SAW :
Ali bn Abi Tholib

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil
Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :
Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah klu tidak SHARE sbab ianya 1 peluang dakwah yg MUDAH kenali Islam kita. BERBICARA BIARLAH BENAR...

Rabu, 10 Julai 2013

BERSAMA KITA BERDOA #RAMADAN #DOAMUSLIM

YA,ALLAH DI BULAN RAMADHAN MU YANG PENUH BERKAT INI,KAMI BERMOHON AMPUNKANLAH DOSA KAMI, KELUARGA KAMI ,KEDUA IBU BAPA KAMI SERTA SAUDARA ISLAM KAMI ,BERKATILAH KEHIDUPAN KAMI,AMALAN KAMI,JADIKANLAH KAMI ORANG SENTIASA MENDAPAT RAHMATMU KAMI MEMOHON JUGA PADAMU YA ALLAH,AGAR DI PERMUDAHKAN DAN DIPERBANYAKAN REZEKIMU UNTUK KAMI .JADIKANLAH KAMI ORANG YANG SENTIASA TAKUT KEPADAMU,SENTIASA BERAMAL SURUHAN MU DAN RASULMU.DAN TEMUKANLAH KAMI MALAM LAILATUL KADAR YANG KAU BERKATI.YA ALLAH JADIKAH UMAT ISLAM SENTIASA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.DENGAN BERKAT NAMA MU YA ALLAH DAN RASULULLAH YANG KAU MULIAKAN,HANYA PADAMU KAMI BERMOHON AGAR DIPERKENANKAN DOA KAMI INI. #RAMADHAN #DOAMUSLIM

Isnin, 18 Februari 2013

ADUKA PERKASA: AKU MENCURIGAIMU

ADUKA PERKASA: AKU MENCURIGAIMU: Aku masih tertanya,apakah nasib aku dan keluargaku,Jika kau menang PRU13 nanti,Apakah terjamin kami anak bangsa Melayu akan terus ditaktakan...

BERBICARA BIARLAH BENAR...

AKU MENCURIGAIMU

Aku masih tertanya,apakah nasib aku dan keluargaku,Jika kau menang PRU13 nanti,Apakah terjamin kami anak bangsa Melayu akan terus ditaktakan sebagai empunya bumi Malaya ini.Kami tak rela nama kami hanya bersemadi ditanah ini dan hilang kuasanya.
Aku Mencurigaimu bukan kerana tak inginkan perubahana atau kerana ikutkan Atok dan ayahnda aku memang sematkan kami dengan perjuangan UMNO,tetapi tingkah lakumu membuat aku curiga untuk melepaskan undi aku Padamu(PR).Aku tak nampak kau membela orang-orang Melayu,aku Tak nampak kau nak pertahankan Kedaulatan Islam.Malah aku tak nampak keistimewaan Melayu(Bumiputra) akan terus dikekalkan.
Aku masih mencurigaimu,aku tak mahu Melayu hanya Boneka kepimpinan,sedangkan orang lain lagi berkuasa.Apa guna jika begitu,hancurlah kita nak bersuara tiada kuasa.Mungkin kamu gembira kerana kamu telah digelar YB,Menteri atau PM,tapi apakah kamu boleh membela kami anak-anak Melayu yang beragama Islam.Tingkah dan gerak kamu membuat aku curiga.
Aku masih mencurigaimu,apakah orang Melayu akan terus dipinggirkan,dihalau cara senyap dari kota kembali ke desa,bagi yang masih berdegil tinggal dikota akan hanya duduk dirumah flat atau setinggan.Dan yang kembali kedesa akan kembali sebagai Pak tani seperti era 60an.Tidakkah it namanya penjajajahan Baru buat Bangsa Melayu?
Tidakkah kau sedar apa yang curiga,rata-rata sahabatm bukan Melayu terlalu menyanjung Perjuangan Mu kenapa?,kerana mereka bagaikan dijanji Kuasa baru di bumi Malaysia ini.
Tidakkah ingat,apa janji-janji dulu pada peX dulu.Kenapa kini tak juga kau laksanakan,apakah itu hanyalah mainan Politik yang menjadi magnet untuk kau tari mereka memangX kamu.
Apa yang aku harap,akan terus wujud Pembela Bangsa Melayu Agama Islam Didaulatkan.

BERBICARA BIARLAH BENAR...

Jumaat, 8 Februari 2013

Perpaduan Umat Islam : Tanggungjawab Semua




Marilah kita tingkatkan kualiti takwa kita kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.

Islam adalah agama yang menyeru umatnya agar mereka bersatu dan menjaga ukhuwah Islamiyyah sesama Islam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 10:

Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.".

Disini jelas berpandukan Ayat tersebut,Setiap orang yang beriman diikat dengan tali kekeluargaan seagama, iaitu satu ikatan yang kuat  mengatasi hubungan darah dan kekeluargaan. Mereka berkewajipan untuk memelihara persaudaraan dengan saling menghormati, bekerjasama dan saling membantu dalam kehidupan seharian. Malah Nabi SAW telah memberi contoh yang baik ketika berhijrah Dari Mekah Ke Madinah.


Persaudaraan yang berasaskan akidah ini berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang terdiri daripada berbagai pegangan agama dan kabilah. Sejarah mencatatkan kehebatan tahap persaudaraan ketika itu antara golongan Ansar dan Muhajirin. Demikianlah tingginya tahap persaudaraan dan kasih sayang yang dihayati oleh masyarakat Islam pada zaman nabi SAW.
Sesungguhnya persaudaraan Islam yang bercirikan roh kekeluargaan dan semangat kekitaan semakin berkurangan. Bahkan, terdapat sesetengah ahli keluarga tidak mengenali saudara terdekat, dan ada jiran tetangga tidak mengenali dan bertegur sapa dengan jiran tetangga yang lain. Sesetengah golongan fakir dan miskin yang lemah tidak dipedulikan oleh masyarakat sekitar. Fenomena hasad dengki, fitnah, khianat, dendam dan buruk sangka semakin berleluasa dalam masyarakat. Apa yang lebih membimbangkan kita ialah berlakunya permusuhan dan perbalahan dalam kalangan para pemimpin dan pengikut parti politik. Seterusnya boleh mengancam kekuatan dan kedaulatan umat Islam.
Kenapa kita tidak boleh  mengenepikan soal warna parti, perbezaan politik, permusuhan lama, dan pertelingkahan yang tidak pernah berkesudahan. Marilah kita duduk semeja berbincang dan bermesyuarat demi menjaga, memelihara dan mempertahankan hak agama Islam secara bersama. Kalaulah mereka yang berbeza akidah dan kepercayaan boleh duduk bersama dan bekerjasama. Apakah kita yang mempunyai rasul, ucapan syahadah, kiblat dan Al-Quran yang sama, tidak ada ruang langsung untuk kita duduk berbincang dan bersatu?.


Oleh itu, semua pihak wajib bermuhasabah dalam usaha menegakkan agama Allah di bumi yang kita sayangi ini. Setiap individu perlu berfikiran positif untuk bekerjasama dan membantu dalam apa jua kebajikan dan maslahah umat Islam. Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2:

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan menceroboh. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat seksaanNya bagi sesiapa yang melanggar perintahNya.”

Marilah kita mengambil iktibar dan pengajaran, bahawa pada masa ini kekuatan politik umat Islam semakin lemah, penguasaan ekonomi dan kualiti sosial kita tertinggal jauh ke belakang. Oleh itu, kita tiada pilihan lain melainkan kembali bersatu menguatkan persaudaraan kita berdasarkan ketaatan kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah dalam Surah Ali-Imran, ayat 103, yang bermaksud :

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah yakni Al-Quran dan As-Sunnah, dan janganlah kamu berpecah belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu, ketika kamu bermusuh-musuhan semasa jahiliyah dahulu, lalu Allah menyatukan antara hati kamu sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam, maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka disebabkan kekufuran kamu, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”



 Imam Besar Masjidil Haram, Mekah iaitu Al-Syeikh Professor Dr Abdul Rahman Al-Sudais, yang menziarahi Malaysia baru-baru ini telah menggariskan beberapa asas utama perpaduan ummah dalam khutbah beliau semasa berkunjung ke Malaysia baru-baru ini, antaranya :

Asas pertama: Setiap umat Islam wajib berpegang dengan akidah yang sahih. Kita wajib mengamalkan segala perintah Allah SWT, bermula daripada solat, zakat, puasa, haji dan segala bentuk-bentuk ibadat yang lain. Selain itu, kita juga wajib meninggalkan segala perkara yang ditegah oleh Allah SWT.


Asas kedua: Setiap Muslim wajib mengikut sunnah Nabi SAW dalam apa jua keadaan dan kehidupan kita. Ini kerana Rasulullah SAW adalah contoh tauladan yang mesti diikuti untuk mencapai kejayaan. Nabi SAW pernah bersabda dalam hadis riwayat Al-Bukhari, yang bermaksud; “Semua umat Islam akan masuk syurga, kecuali mereka yang enggan”. Sebenarnya, yang dimaksudkan dengan ‘mereka yang enggan' ialah mereka yang derhaka kepada Rasulullah SAW dengan tidak mengikuti suruhan nabi dan melanggar larangannya.


Asas ketiga: Setiap umat mestilah menjadi umat yang berilmu dan berpengetahuan. Tidak kira apa jua bidang yang diceburi, kita mestilah mendalami ilmunya. Ini dibuktikan dengan turunnya ayat Al-Quran yang pertama yang menyuruh kita mencari ilmu iaitu ‘Iqra’. Begitu juga dengan orang yang berilmu akan diangkat darjatnya oleh Allah SWT. Oleh itu, menjadi tuntutan kepada kita yang menuntut ilmu agar mengamalkan ilmu tersebut.

Asas keempat: Akhlak yang sempurna adalah asas kesatuan umat kerana Rasulullah SAW diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji. Amat menyedihkan sekiranya akhlak tidak dijadikan tumpuan umat Islam. Oleh itu, kita mestilah menjaga akhlak keperibadian yang baik tidak kira di mana jua kita berada, sama ada sesama Islam, atau bukan Islam. Begitu juga adab dan akhlak yang terpuji mestilah dipelihara, jika berlaku perbezaan pandangan dalam masalah berkaitan cabang-cabang feqah dan agama,. Ini mengambil contoh daripada sikap para sahabat Nabi RAnhum dan imam-imam yang terdahulu.


Perkara kelima: Umat Islam mestilah mengambil berat terhadap perkara-perkara yang berlaku ke atas umat Islam yang lain di seluruh pelusuk dunia. Ini kerana semua umat Islam umpama jasad yang satu; apabila satu bahagian merasa kesakitan, kesakitan tersebut akan dirasai oleh bahagian yang lain.

Perkara keenam: Umat Islam juga mestilah menitikberatkan soal pembangunan generasi yang akan datang. Generasi ini mestilah ditarbiah dengan asas-asas Islam yang sempurna seperti akidah yang sahih, berpegang teguh dengan Al-Quran, mengikut Sunnah Nabi SAW serta berakhlak dengan akhlak yang terpuji.

Note:Olahan Dan Berpandukan kepada khutbah Jumaat Pada (17 Jun 2011/1 Rejab 1432)

,untuk kita bersama bersatu demi Agama,Bangsa Dan Negara supaya bertambah ikatan Persaudaraan Kita.










BERBICARA BIARLAH BENAR...

Khamis, 7 Februari 2013

MERENUNG NASIB SEORANG MELAYU

Aku Memang Melayu,yang datang dari sebuah desa nun jauh di Pendalaman.Datang ke sebuah kota,yang terlalu jauh dari jejak kehidupanku ketika kecil.Di Kota Bandaraya ini,Melayu dan Berbagai Bangsa bersama mencari rezeki,berbeza dengan Kampungku 100% namanya ada BIN,maknanya dia anak Melayu.
Cuba aku bayangkan,Jika aku Tiada Ilmu,bagaimana aku nak bersaing untuk mencari rezeki,Tiada Guna jika aku dan Bangsaku terkenal gejala Dadah,Daun Ketum,Pil Kuda Dan Merempit.Buka itu menjamin anak bangsaku maju di kota ini.
Singgah aku di sebuah Pasar Mini,anak sekolahan sudah tahu membeli rokok Batang,lepak dikedai Mamak tanpa memikirkan sudah siapkah "Homework-aku",sudah ulangkajikah aku.UPSR,PMR&SPM tak lama lagi dik...Jelas Dalam hatiku.
Berjalan-jalan aku ditengah kotaraya ini,Orang Melayu memang terkenal dengan Tauke Hadapan,Jual goreng pisang depan jalan,jual ayam golek depan jalan,jual Burger Depan 7 Eleven dan sebagainya dihadapan termasuklah akan berada dihadapan Buat Perarakan Jalanan,walaupun Tangan dibelakang hanya ketawakan mereka.(Siapakah Mereka?).
Hari ini anak Melayu bukan macam dulu,Penuh sopan dan tahu menikmati akan keamanan Negara,Dulu anak Melayu Terlalu sukar nak dihasut anasir luar,tapi kini kenapa?.Apakah mereka bangga mereka hilangkan identiti Melayu yang terkenal,sopan dan menghormati.
"bang,Nasi ayam satu!,Terasa laparlah pulak.Alhamdulillah sedap nasi ayam abang ni.Walaupun kecil Warongnya ramai pelangan.Ini maknanya ada keikhlasan dalam masakannya.Sedang aku sedang menikmati keunikan nasi ayam,tiba-tiba dari arah meja sebelah aku terdengar seorang "abang yang sudah matang" berkata sampai bila Kerajaan nak tipu Rakyat.Tak cukup lagikah selama ini menipu kita?.Aku fikir apa yang kerajaan tipu rakyat,kalau kerajaan tipu rakyat,kampung aku kini belum pasti ada jalan raya,mungkin aku masih guna jalan air,belum pasti ada internate,dan bagai mimpi bila rangkain 4G pun ada di kampung aku.Itu beerti janji kerajaan sekarang nak majukan rakyat tetap ditepati,cuma lambat atau cepat."Abang tak Pergi ambil BRIM2.0" saja aku bertanya kepada abang Sambil aku beralih duduk semeja dengannya,"Belum,tapi surat jemputan dah terima".dalam hati aku,kata kerajaan tipu tang duit bantuan ambil juga."kerajaan tipu apa Bang?.Aku bertanya lagi."Ni,PM ni janji itu,janji ini,tu semua sebab mereka dah goyang,Nak tipu rakyat agar terus undi mereka".Aku menjawab,"bang maaf saya katakan,walaupun saya muda dari abang,saya rasa Kerajaan sekarang masih tak menipu,Tak ada nak jual tanah Balak ke Bangsa lain,Tak ada nak halalkan Kalimah Allah Kepada Orang Lain,Tak ada datang resmi jambtan dan dibuat oleh Kerajaan lain,dia mengaku Mereka yang selesaikan,Tak ada bila janji membantu,mereka kata itu hanya dalam minifesto sahaja.Kerajaan kita ni sekarang masih membela Orang Melayu,tetapi cuma orang Melayu sahaja yang  buta,Kerana kita orang Melayu terlalu mengharapkan "Subsidi" kerana kita orang melayu cukup terkenal dengan kalimah "makan ler".Bila kita nak maju Bang,bila kita cuma pandai mengkritik tapi kita sendiri tak berusaha.Sampai bila kita nak menyokong pemimpin yang berhujah hanya demi matlamat PUTRAJAYA.Kita kena fikir nasib kita,nasib seorang Melayu berpuluh tahun akan datang,malah selamanya kita kena fikir nasib kita anak bangsakita.Ini Bumi pusaka kita.  BERBICARA BIARLAH BENAR...

Translate