Jumaat, 11 Disember 2015

Memperkasakan Umat Melayu

UMNO2015

UMNO katanya Wadah Melayu Bersatu,
Berhimpun Bukan Untuk Bertengkar,
Berdialog Untuk Berbicara
Menyuluh Jalan Agar Melayu Maju.

UMNO Katanya Nadi Untuk Melayu,
Bertikam lidah memang lumrah,
Tapi,Kenapa Harus Berpecah,
Malukah Bersatu Seperti Dulu.

UMNO Katanya Suara Melayu,
Ratanya Hidup Masih Susah,
Pecahkanlah Ruyun,Hapuskan Resah
Sara Hidup Melayu Makin Bertambah.

UMNO katanya mendengar,
UMNO Katanya Membela,
Tapi Kenapa Hari Tersasar,
Dengan GST,
Dengan Kos mengegar tinggi,
Sampai Melayu Pun Dah Benci.

UMNO teruslah Perkasa,
Lahirkanlah Usaha,
Terus Membina,
Agar PRU14 Melayu Masih Bertaji,
Bukan Mengemis Sekadar memerhati

UMNO Harapku Teruslah Bersatu,
Buanglah Ego,Buanglah Kroni,
Budaya Sate Budaya terkini,
Biarlah Hanya Aku tahu,
Krisis Hari Ini,
Jangan biar anak cucuku mendatang,
Sedekah seranah membenci pimpinan hari ini.
Kerana Kita Bukan lagi Memimpin tanah ini,
Jangan menangi setelah riang tiada lagi.

#PAU2015

Translate