Rabu, 3 Disember 2014

SUDAH KAH ANDA MENGKEMAS KINI DATA BR1M 2015 ANDA?

Seperti Di Umumkan Oleh Menteri Kewangan Merangkap Perdana Menteri Malaysia,BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA #BR1M Terus Di Berikan Kepada Sesiapa Yang Layak Untuk Tahun 2015,Dengan Anggaran Pemberian Sebanyak RM900.00 Dengan Cara 3 Kali Bayaran.

Bagi Yang Layak Anda Boleh Kemaskini Permohonan Anda DI https://ebr1m.hasil.gov.my/  



Semoga Dengan Bantuan Ini Dapat Meringankan Kepada Sesiapa Yang Layak dan Memerlukan.
Cuma Pesan Saya Juga Kita Janganlah Terlalu Mengharap Kepada Bantuan Kerajaan Semata-mata,Kita Harus Juga Berusaha Keras Demi Kemajuan Diri kita sendiri.

Bagi Yang Dah Mampu Tak Perlulah Memohon,Kepada Kerajaan Terima Kasih daun Keladi,Tahun Depan Berilah BR1M lagi.


BERBICARA BIARLAH BENAR...

Selasa, 2 Disember 2014

Melayu Terus Maju...Petua

Salam bahagia,saya tertarik dalam satu ruang bicara akhbar tempatan yang mana seorang pembaca     mengatakan Melayu Singapura Lebih maju dan berdikari.Saya tidak nafikan melayu Singapura lebih berdikari,kenapa? kerana  mereka terpaksa bersikap demikian untuk bersaing ekonomi dengan bangsa lain yang juga jauh memecut dalam kuasa ekonomi.Tetapi ,bagaimana dengan Bangsa Melayu Di Bumi Malaysia yang kita sayangi.Mampukah kita orang Melayu bersikap demikian? Rasanya orang Melayu di Malaysia memerlukan satu sikap yang jauh laju untuk kita bersaing dengan sahabat kita dari bangsa lain.Cukuplah orang mengelar Melayu Pemalas,Melayu muka subsidi.Kita memang patut berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin membantu rakyat.Tetapi kita sebagai Bangsa Melayu yang lahir di bumi ,yang diwarisi oleh nenek moyang kita,sepatutnya lebih maju dari bangsa lain.Kerana kita memiliki segalanya yang Tuhan kurniakan kepada Kita.Sepatutnya kita menjadi kuasa ekonomi dibumi ini.Bumi yang dulu dikenali Bumi Tanah Melayu.

Kita ubahkan sikap dan minda kita untuk maju dengan usaha kita kita sendiri.Alangkah bagusnya kita menghayati pemberian kerajaan untuk kita bertambah maju dan menjadi Tuan Ekonomi,selain kuasa Pemerintahan.

Bayangkan kini betapa jauhnya kita terpaksa bersaing dengan Bangsa Lain ,Kenapa?
BERBICARA BIARLAH BENAR...
Makanan goreng memang sedap jika dihidangkan pada waktu minum petang tetapi anda harus akan penyakit yang menunggu sekiranya anda gemar memakan makanan yang bergoreng ini.

Disebabkan rasanya yang lebih lazat, memang sukar bagi hampir daripada kita semua untuk meninggalkan tabiat memakan makanan goreng dalam jumlah kandungan yang banyak. Demi menjaga kesihatan diri sendiri untuk jangka masa yang lebih baik, adalah lebih elok sekiranya anda mengambil langkah-langkah mencegah sebelum datangnya kesan buruk pada masa akan datang.

Selalunya jika anda memakan makanan yang bergoreng, anda akan lebih cenderung merasai sakit perut dan berasa tidak sedap badan.

Senarai masalah yang dihidapi pemakan tegar makanan bergoreng dan berminyak adalah seperti yang di bawah:

Heartburn
Sakit ulu hati seperti berasa terbakar seringkali terjadi sewaktu anda berada di dalam posisi baring ataupun membongkok. Masalah ini disebabkan oleh pergerakan asam lambung ke dalam esofagus (saluran makanan yang mengalirkan makanan dari mulut ke perut). Untuk mengurangkan rasa tersebut, hindari makanan bergoreng dan gantikan dengan makanan yang dikukus atau direbus.

Gastroenteritis
Peradangan pada lapisan lambung akibat terlalu banyak memakan makanan berminyak dapat membawa kepada sakit gastroenteritis. Ianya disebabkan perut anda berisi dengan gas dan makanan yang dihadamkan mempunyai masalah kerana minyak yang terlampau banyak di dalam perut. Anda akan cenderung berasa lebih kenyang disebabkan gas yang terkumpul di dalam perut.

Ulser
Ulcer merupakan luka yang terjadi di sekitar bahagian dalam mulut atau usus yang menyebabkan rasa sakit pada sistem pencernaan. Penyakit ini disebabkan kuman yang dipanggil Pilori.

Gangguan pencernaan
Rasa tidak selesa di perut merupakan gejala dari adanya gangguan pencernaan. Walaupun gangguan perut ini bukan masalah kesihatan yang sangat serius, tetapi masalah inilah yang seringkali terjadi kepada pesakit. Gangguan pencernaan terjadi kerana makanan berlemak yang sangat sukar dihadam dan berat pada perut. Jika anda mengunyah makanan dengan baik, maka makanan akan lebih mudah dicerna, lantas mengurangkan masalah perut tidak selesa.
BERBICARA BIARLAH BENAR...
BERBICARA BIARLAH BENAR...

Translate