Ahad, 21 Disember 2014

MUSIM SEKOLAH DAH NAK MULA...

Cuti semester akhir tahun 2014 sudah berada di penghujungya,Ibubapa sudah ada ibubapa yang sudah pening kepala memikirkan barang keperluan anak-anak yang akan memulakan persekolahan musim 2015.

Bagi keluarga yang berpendapatan mewah mungkin mereka tidak terasa bebanan,kerana bagi mereka itu cuma sebahagian kecil sahaja peruntukan yang dikeluarkan ,tetapi bagaimana keluarga yang pendapatan sederhana dan kurang sederhana.Bagi mereka ia satu bebanan dengan kadar harga yang kadangkala melambung tinggi bila musim Cuti persekolahan bakal berakhir.Kita tahu ianya sama seperti pasaran komoditi,bila permintaan melampau pengeluaran kuarang pasan naik.Tetapi itulah perkara yang memeningkan ibubapa yang pendapatan kecil dan sederhana.

Keperluan untuk seorang anak bagi yang baru menjejak kaki kelam persekolahan sekurang-kurang keperluan asas seperti berikut di perlukan:
1.2 Pasang Kasut Putih    5.Sebuah Beg Sekolah
2.2Pasang Stoking putih  6.Alatulis
3.2 Pasang Kain/seluar    
4.2 Pasang Baju putih

Beikut adalah anggaran Harga untuk keperluan diatas.


1.Sepasang Kasut Putih (RM30.00)    5.Sebuah Beg Sekolah (RM45.00)
2.Sepasang Stoking putih (RM5.00)  6.Alatulis (RM30.00)
3.Sepasang Kain/seluar    (RM37.00)
4.Sepasang Baju putih (RM26.00)

Anggaran Kos Untuk seorang Pelajar Sekurang-kurangnya RM271.00,Ini adalah dikira bagi pembelanjaan yang sederhana,Tidak berjenama dan Menjimatkan.Jika difikirkan ada keluarga yang anaknya menduduki alam persekolah 2 Orang atau Tiga orang serentak.

Disini apa yang dapat kita kongsikan hanyalah kepada ibubapa,sikap menabungmat perlu,kerana kalau nak di harap Bantuan RM100.00 dari kerajaan setiap tahun tidak mencukupi ,Apatah lagi kekadang sekolah apabila dibuka banyaknya pihak guru-guru minta membeli bulu rujukan dan latihan.Walaupun tidak dipaksa tetapi ada yang ketika anak-anak kita sering di pinta oleh guru sehingga anak-anak kita terasa malu.

Bagaimana kita nak menyelsaikan masaalah ini?Yang pasti setiap tahun adalah satu kewajipan untuk ibubapa kepada anak-anaknya.
________________________________________________________________________




BERBICARA BIARLAH BENAR...

Translate