Jumaat, 21 Disember 2012

Kelebihan Hari Jumaat


Kelebihan Hari Jumaat


Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memuliakan hari jumaat dan hari jumaat mempunyai fadhilat atau kelebihan yang banyak antaranya seperti berikut:
  • Hari jumaat merupakan penghulu segala hari.
  • Ia mempunyai kemuliaan yang agung disisi Allah.
  • Pada hari jumaat jugalah penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah.
  • Pada hari jumaat akan berlaku kiamat.
  • Pada hari jumaat Allah menciptakan Nabi Adam a.s.
  • Pada hari jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan saat ijabah itu disamarkan pada hari-hari lain.
  • Hari istimewa bagi hari-hari yang ada didalam seminggu.
  • Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya.
  • Allah S.W.T. akan membebaskan pada hari itu seramai 600,000 (enam ratus ribu) orang dari seksaan api neraka.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau pada malamnya, Allah catat dia dengan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat dan malamnya, terselamat dia dari seksa kubur.
  •  

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi)
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:
* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
* Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
* Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

Selasa, 18 Disember 2012

Lupakah Kita?

Lupakah Kita....?
Dulu Kita Bangsa Berjaya,
Seluruh Nusantara Kita Berkuasa.
Ekonomi Apapun Kitalah Raja..

Lupakah Kita...?
Dulu Kita Kuasa Negara.
Selusruh Nusantara Kita Menjajah.
Empayar Melayu Melaka Tinggal Sejarah.

Lupakah Kita...?
Kitalah Dulu Empunya Semua Tanah Ini.
Nenek Moyang Meneroka,Menjaga Penuh Keringat.
Pertahankan Bumi Demi Kita..
Merasa Satu Yang Bahagia.

Kerana Lupakah Kita...?
Hari Ini Kita Berhasad Dengki...
Tidak Ingin Bersatu,Kerana Kuasa.
Rela Lari Dari Matlamat Perjuangan,
Demi Kuasa.
Lupakah Kita,Kerana Dengki
Kerajaan Melayu Melaka Hancur,
Hilang Empayarnya.
BERBICARA BIARLAH BENAR...

Isnin, 17 Disember 2012

Pemimpin mesti faham kehendak rakyat

Ulil amri mempunyai makna dan pengertian yang luas merujuk kepada mereka yang diamanahkan untuk menjaga kemaslahatan serta kesejahteraan rakyat. Ulil amri bertanggungjawab mengekalkan keamanan, kesejahteraan dan keselamatan umum.

Dalam konteks negara kita, ulil amri adalah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu (sebagai ketua agama), Perdana Menteri, menteri Kabinet, mufti, ulama, pegawai pemerintah, ketua tentera serta pemimpin pertubuhan dan persatuan sehinggalah kepada ketua keluarga.
Allah SWT memberi tanggungjawab yang berat kepada pemimpin sebagai satu amanah bagi membawa golongan yang dipimpin mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Semakin tinggi kepemimpinan yang disandang, semakin banyaklah tanggungjawab yang mesti dilunaskannya.

Agama Islam tidak akan kuat kecuali dengan jemaah dan jemaah tidak akan berjalan kecuali ada pemimpinnya dan pemimpin tidak akan ada gunanya jika tidak ditaati” - Hadis

FirmanNya: “Allah SWT menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu, bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, seperti mana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang berkuasa.” (Surah an-Nur, ayat 55)

Bagi meraih keberkatan Allah SWT, pemimpin perlu faham kehendak rakyat dan berusaha menunaikannya manakala rakyat pula mesti taat dan bekerjasama menjayakan sebarang usaha bagi meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.

Tanggungjawab

Semua manusia, baik pemimpin atau rakyat tidak sunyi daripada sifat lupa dan khilaf sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk memberi peringatan atau teguran supaya pemimpin dapat mem-betulkan kesilapan dan segera memohon keampunan daripada Allah.
Bagaimanapun dalam membuat teguran, nasihat atau kritikan, biarlah yang membina, tidak menjatuhkan aib serta mengikut adab budaya hormat-menghormati. Cara ini dapat memelihara ikatan ukhuwah selain menyedarkan mereka yang melakukan kesilapan supaya bertaubat pada Allah SWT.

Hubungan pemimpin dengan rakyat hendaklah sentiasa kukuh, saling sokong-menyokong dalam menyusun program dan agenda kerja demi kesejahteraan rakyat serta negara.

Bersatu padu

Umat Islam hendaklah bersatu padu secara menyeluruh di atas landasan al-Quran dan hadis. Perpaduan berasaskan keimanan akan mengangkat martabat umat Islam di dunia dan di akhirat.

Kejayaan kerajaan Islam menjatuhkan dua kuasa besar dunia Rom dan Par-si dicapai kerana semangat persaudaraan ukhwah fillah Islamiyyah.

Dalam era pasca kemerdekaan ini, umat Islam di Malaysia masih berdepan cabaran getir dari dalam dan luar negara. Maruah diri dan kedaulatan negara tidak dapat dipertahankan jika ada perselisihan dan pertentangan dalam negara.

Cabaran ini menuntut kekuatan daya juang, semangat kental dan ketahanan sehingga titisan darah terakhir. Islam mewajibkan umatnya berjihad mempertahankan agama dan negara daripada sebarang ancaman musuh.

Baginda SAW bersabda: “Agama Islam tidak akan kuat kecuali dengan jemaah dan jemaah tidak akan berjalan kecuali ada pemimpinnya, dan pemimpin tidak akan ada gunanya jika tidak ditaati.”

Sebagai umat Islam yang bermaruah, kita hendaklah kasih dan cinta kepada agama, bangsa dan tanah air. Kita bertanggungjawab mendukung usaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang sedang kita nikmati hari ini.

Janganlah kerana perbezaan ideologi politik, perselisihan pendapat dan ketaksuban diri, membuatkan kita sanggup pertaruhkan akidah dengan membelakangkan tuntutan agama, bangsa dan negara. Sumber BH..
BERBICARA BIARLAH BENAR...

Ahad, 16 Disember 2012

KENANGAN MUSIM CUTI SEKOLAH..ZAMAN 70 KE 80AN


Zaman kanak2 sekarang.. hari cuti gini bangun pagi buka iPad atau Tablet .. Sarapan ibu dah beli kat kedai, semua dah siap tak perlu fikir atau kerja keras.. Masa belajar dpt tumpu kpd pelajaran tanpa gangguan atau kepayahan nak cari duit belanja atau nak cari lauk apa utk makan.. Semua beres.. Kemudahan banyak. Mungkin sebab ini ramai pelajar kita berjaya dalam exam..zaman aku dulu kalu cuti gini pagi dah bersiap dengan lastik utk cari burung punai atau merbak utk buat lauk makan tengahari, tahan jerat ayam hutan di hutan berhampiran rumah, kalu murah rezki dapat pelanduk atau landak, ayam hutan biasa sangat dapat.. Daging lembu masa dulu RM 1:80 sekati, tapi jarang2 dapat beli.. Sekali sekala sembelih ayam kampung..tengahari bersiap ke sungai gi nyelam panah ikan.. Murah rezki dapat ikan kelah atau tengas.. Ikan sebarau tak sedap mana jadi kalau dah dapat kelah tak panah lah sebarau tu, jika tadok kelah panah jugak lah sebarau janji dapat buat gulai asam pedas daun kesung.. Malam pulak lepas ngaji turun pkalan ngail ikan baung, kadang2 bawak lampu spirit gi nyuluh udang galah buleh sebakul balik puas.. Tak lupa juga musim bulan 12 ni,tahan bumbung udang...dapat banyak,malam tahan arang...Tapi leni ni nak dapat ikan sikang pun susah....Kalang Pok Busu cuma tinggal nama...sedih2.Kekadang Gi Sawah Padi  Orang kampung Panggil Paya,Cari ikan Puyu...Walaupun main selut tapi seronok tak pernah fikir takut ke lintah  Tapi semua itu hanya tinggal kenangan.. berkongsi Pengalaman Dengan Abang-Abang
BERBICARA BIARLAH BENAR...

Translate