Selasa, 2 Disember 2014

Melayu Terus Maju...Petua

Salam bahagia,saya tertarik dalam satu ruang bicara akhbar tempatan yang mana seorang pembaca     mengatakan Melayu Singapura Lebih maju dan berdikari.Saya tidak nafikan melayu Singapura lebih berdikari,kenapa? kerana  mereka terpaksa bersikap demikian untuk bersaing ekonomi dengan bangsa lain yang juga jauh memecut dalam kuasa ekonomi.Tetapi ,bagaimana dengan Bangsa Melayu Di Bumi Malaysia yang kita sayangi.Mampukah kita orang Melayu bersikap demikian? Rasanya orang Melayu di Malaysia memerlukan satu sikap yang jauh laju untuk kita bersaing dengan sahabat kita dari bangsa lain.Cukuplah orang mengelar Melayu Pemalas,Melayu muka subsidi.Kita memang patut berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin membantu rakyat.Tetapi kita sebagai Bangsa Melayu yang lahir di bumi ,yang diwarisi oleh nenek moyang kita,sepatutnya lebih maju dari bangsa lain.Kerana kita memiliki segalanya yang Tuhan kurniakan kepada Kita.Sepatutnya kita menjadi kuasa ekonomi dibumi ini.Bumi yang dulu dikenali Bumi Tanah Melayu.

Kita ubahkan sikap dan minda kita untuk maju dengan usaha kita kita sendiri.Alangkah bagusnya kita menghayati pemberian kerajaan untuk kita bertambah maju dan menjadi Tuan Ekonomi,selain kuasa Pemerintahan.

Bayangkan kini betapa jauhnya kita terpaksa bersaing dengan Bangsa Lain ,Kenapa?
BERBICARA BIARLAH BENAR...

Tiada ulasan:

Translate