Khamis, 7 Februari 2013

MERENUNG NASIB SEORANG MELAYU

Aku Memang Melayu,yang datang dari sebuah desa nun jauh di Pendalaman.Datang ke sebuah kota,yang terlalu jauh dari jejak kehidupanku ketika kecil.Di Kota Bandaraya ini,Melayu dan Berbagai Bangsa bersama mencari rezeki,berbeza dengan Kampungku 100% namanya ada BIN,maknanya dia anak Melayu.
Cuba aku bayangkan,Jika aku Tiada Ilmu,bagaimana aku nak bersaing untuk mencari rezeki,Tiada Guna jika aku dan Bangsaku terkenal gejala Dadah,Daun Ketum,Pil Kuda Dan Merempit.Buka itu menjamin anak bangsaku maju di kota ini.
Singgah aku di sebuah Pasar Mini,anak sekolahan sudah tahu membeli rokok Batang,lepak dikedai Mamak tanpa memikirkan sudah siapkah "Homework-aku",sudah ulangkajikah aku.UPSR,PMR&SPM tak lama lagi dik...Jelas Dalam hatiku.
Berjalan-jalan aku ditengah kotaraya ini,Orang Melayu memang terkenal dengan Tauke Hadapan,Jual goreng pisang depan jalan,jual ayam golek depan jalan,jual Burger Depan 7 Eleven dan sebagainya dihadapan termasuklah akan berada dihadapan Buat Perarakan Jalanan,walaupun Tangan dibelakang hanya ketawakan mereka.(Siapakah Mereka?).
Hari ini anak Melayu bukan macam dulu,Penuh sopan dan tahu menikmati akan keamanan Negara,Dulu anak Melayu Terlalu sukar nak dihasut anasir luar,tapi kini kenapa?.Apakah mereka bangga mereka hilangkan identiti Melayu yang terkenal,sopan dan menghormati.
"bang,Nasi ayam satu!,Terasa laparlah pulak.Alhamdulillah sedap nasi ayam abang ni.Walaupun kecil Warongnya ramai pelangan.Ini maknanya ada keikhlasan dalam masakannya.Sedang aku sedang menikmati keunikan nasi ayam,tiba-tiba dari arah meja sebelah aku terdengar seorang "abang yang sudah matang" berkata sampai bila Kerajaan nak tipu Rakyat.Tak cukup lagikah selama ini menipu kita?.Aku fikir apa yang kerajaan tipu rakyat,kalau kerajaan tipu rakyat,kampung aku kini belum pasti ada jalan raya,mungkin aku masih guna jalan air,belum pasti ada internate,dan bagai mimpi bila rangkain 4G pun ada di kampung aku.Itu beerti janji kerajaan sekarang nak majukan rakyat tetap ditepati,cuma lambat atau cepat."Abang tak Pergi ambil BRIM2.0" saja aku bertanya kepada abang Sambil aku beralih duduk semeja dengannya,"Belum,tapi surat jemputan dah terima".dalam hati aku,kata kerajaan tipu tang duit bantuan ambil juga."kerajaan tipu apa Bang?.Aku bertanya lagi."Ni,PM ni janji itu,janji ini,tu semua sebab mereka dah goyang,Nak tipu rakyat agar terus undi mereka".Aku menjawab,"bang maaf saya katakan,walaupun saya muda dari abang,saya rasa Kerajaan sekarang masih tak menipu,Tak ada nak jual tanah Balak ke Bangsa lain,Tak ada nak halalkan Kalimah Allah Kepada Orang Lain,Tak ada datang resmi jambtan dan dibuat oleh Kerajaan lain,dia mengaku Mereka yang selesaikan,Tak ada bila janji membantu,mereka kata itu hanya dalam minifesto sahaja.Kerajaan kita ni sekarang masih membela Orang Melayu,tetapi cuma orang Melayu sahaja yang  buta,Kerana kita orang Melayu terlalu mengharapkan "Subsidi" kerana kita orang melayu cukup terkenal dengan kalimah "makan ler".Bila kita nak maju Bang,bila kita cuma pandai mengkritik tapi kita sendiri tak berusaha.Sampai bila kita nak menyokong pemimpin yang berhujah hanya demi matlamat PUTRAJAYA.Kita kena fikir nasib kita,nasib seorang Melayu berpuluh tahun akan datang,malah selamanya kita kena fikir nasib kita anak bangsakita.Ini Bumi pusaka kita.  BERBICARA BIARLAH BENAR...

Tiada ulasan:

Translate