Ahad, 21 Disember 2014

MUSIM SEKOLAH DAH NAK MULA...

Cuti semester akhir tahun 2014 sudah berada di penghujungya,Ibubapa sudah ada ibubapa yang sudah pening kepala memikirkan barang keperluan anak-anak yang akan memulakan persekolahan musim 2015.

Bagi keluarga yang berpendapatan mewah mungkin mereka tidak terasa bebanan,kerana bagi mereka itu cuma sebahagian kecil sahaja peruntukan yang dikeluarkan ,tetapi bagaimana keluarga yang pendapatan sederhana dan kurang sederhana.Bagi mereka ia satu bebanan dengan kadar harga yang kadangkala melambung tinggi bila musim Cuti persekolahan bakal berakhir.Kita tahu ianya sama seperti pasaran komoditi,bila permintaan melampau pengeluaran kuarang pasan naik.Tetapi itulah perkara yang memeningkan ibubapa yang pendapatan kecil dan sederhana.

Keperluan untuk seorang anak bagi yang baru menjejak kaki kelam persekolahan sekurang-kurang keperluan asas seperti berikut di perlukan:
1.2 Pasang Kasut Putih    5.Sebuah Beg Sekolah
2.2Pasang Stoking putih  6.Alatulis
3.2 Pasang Kain/seluar    
4.2 Pasang Baju putih

Beikut adalah anggaran Harga untuk keperluan diatas.


1.Sepasang Kasut Putih (RM30.00)    5.Sebuah Beg Sekolah (RM45.00)
2.Sepasang Stoking putih (RM5.00)  6.Alatulis (RM30.00)
3.Sepasang Kain/seluar    (RM37.00)
4.Sepasang Baju putih (RM26.00)

Anggaran Kos Untuk seorang Pelajar Sekurang-kurangnya RM271.00,Ini adalah dikira bagi pembelanjaan yang sederhana,Tidak berjenama dan Menjimatkan.Jika difikirkan ada keluarga yang anaknya menduduki alam persekolah 2 Orang atau Tiga orang serentak.

Disini apa yang dapat kita kongsikan hanyalah kepada ibubapa,sikap menabungmat perlu,kerana kalau nak di harap Bantuan RM100.00 dari kerajaan setiap tahun tidak mencukupi ,Apatah lagi kekadang sekolah apabila dibuka banyaknya pihak guru-guru minta membeli bulu rujukan dan latihan.Walaupun tidak dipaksa tetapi ada yang ketika anak-anak kita sering di pinta oleh guru sehingga anak-anak kita terasa malu.

Bagaimana kita nak menyelsaikan masaalah ini?Yang pasti setiap tahun adalah satu kewajipan untuk ibubapa kepada anak-anaknya.
________________________________________________________________________




BERBICARA BIARLAH BENAR...

Isnin, 15 Disember 2014

MALAYSIA VS THAILAND AFFSUZUKICUP FINAL (1)

 Kebangkitan Luar Biasa Anak Buah Dollah Salleh Di Hanoi Vieatnam,Dimana Harimau Malaya Berjaya Menewaskan Vietnam 4 Gol Berbalas 2 Di Hadapan Penyokong Tegar Vieatnam,Kini Tugas Lebih Mencabar Bagi Pasukan Yang Diketua Shukor Adam Untuk Menghadapi Tentera Gajah putih Di Kota Bangkok Pada #17hb.Dec 2014

Buat Masa Ini Gandingan Orang-Orang Vateran (Indraputra ,Shukor Dan Amri) Telah Nampak Kebisaannya,Ditambah Ramuan Kepakaran Dan Kerajinan Shafiq Rahim Dan Pertahanan Kental Zubir Azmi.Tetapi Melawan Thailand Di Gelangan Mereka Sendiri Memang Penuh Cabaran,Kerana Thailand Juga Merupakan Pasukan Yang Liat Untuk Di Kalahkan.Apatah lagi Semangat Pemain Mereka Yang sentiasa rajin Tak Kira Generasi Vateran Atau Generasi Sekarang.


Tetapi Saya Yakin,Dollah Salleh Sudah Ada Perancangan Yang Jitu Dengan Buah-Buah Strategi Apatah Lagi Harimau Malaya Hampir Menewasakan Thailand Dalam Pusingan Liga Kumpulan Di Stadium Jalan Besar Singapore.Jika Perancangan Tempohari Digunakan,Di Ubah 2 atau Tiga Ramuan Pasti Kita Berjaya Membawa Hasilan Gol Dari Kota Bangkok Untuk Kita Tetaskan Di Stadium Bukit Jalil Pada #20hb Dec 2014 Nanti.

Paling Perlu Dipertingkatkan Adalah Barisan Pertahanan Dan Gawan Jangan Banyak Kesilapan.Kalau Boleh Kosongkan Kesilapan Kerana Jika Kelekaan Di Pamerkan Pemain Thailand Memang Pandai Mencuri Kesilapan.Bagi "Midfield" Yang Pasti Masih Shafiq Rahim Di Beri Amanah,Sebolehnya Kawasan ini Adalah Hak Kita,Supaya Tidak Terlepas Ke Garisan Pertahanan,Dengan Itu Dapatlah Perjalanan Bola Sentiasa Pergi Ke Arah Pintu Gol Thailand,Serangan Bertubi-tubi Dengan Kecekapan Penyerang "Cium-Ciumkan" Peluang Pasti Bola Kedalam Gawang.Jangan Banyak "Curi Ayam" Itu Merugikan Tenaga Kerana Serangan Kita Asyik Terbatas.Yang Penting Sekali Pandai-Pandailah Menjinak SAang Gajah Dengan Idea Sebagai Raja Rimba.Selamat Berjuang Harimau Malaysa .Tekaan Saya #THAvsMAS (1-2).#AFFSUZUKICUO2014

 http://youtu.be/IeakS4eMM-A



BERBICARA BIARLAH BENAR...

Ahad, 7 Disember 2014

SEPARUH AKHIR AFF2014 #MASVSVIE

Hari Di Setiap Pelusuk Orang Berbicarakan Tentang Perlawanan Separuh Akhir Bolasepak Terhebat Asia Tenggara #SUZUKIAFFCUP 2014 .Nasib Anak Buah Dollah Salleh bagaikan terumbang ambing di awal Kejohanan,Apatah lagi siri Perlawanan Persahabatan menampakan kegagalan.

Tapi Harimau Malaya seolah-olah mendapat semangat baru selepas Mereka berjaya membaham Sang Singa (Singapura) dengan Jaringan yang memberansangkan 3-1.Apatah lagi di hadapan penyokong #Redlion di Stadium Kallang.

Walaupun Kehilangan Amri Yahya Dan Shukor Adam Coach Dollah Pasti Mempunya Ramuan Rempah Perlawanan yang cukup untuk mencari kemenangan dalam Perlawanan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam pada 7hb 12.2014 (Perlawanan Separuh Akhir Pertama)..Coach Dollah dan anak buahnya memerlukan sekurang-kurang 2 gol tanpa balas untuk bekalan selesa untuk di bawa ke Hanoi dalam Perlawanan timbal balas kedua pada 11.12.2014.

Kita masih membicarakan keupayaan pertahanan kita,walaupun Khairul Fahm(Apex) sudah berjaya mengawasi gawang dengan cemerlang,tetapi kekadang kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan boleh menyebabkan gawang kita bolos.Pertahanan di harapkan tidak memngelirakan Apex dihadapan gawan serta jangan mudah memberi pemain lawan melepaskan sepakan.Jangan mudah beri sepakan percuma bahaya tu...

Bahagian Tengah,kita masih berjaya menguasai,Tetapi jangan terlalu leka membuat hantaran yang salah.Walaupun sesekali silap itu boleh mengundang padah.Kita sebolehnya jangan memberi pemain lawan melepasi dari kawasan tengah padang permainan kita.

Penyerang kita,masih lagi tumpul,Safee walaupun berjaya memecah kebuntuan jaringan,tapi banyak peluang yang sepatutnya berjaya membahayakan gol lawan terlepas.Mat yo tak payahlah getel banyak sangat...Kita main berpasukan.Pandai-pandailah player kita main secara berlakon,mana tahu dapat Sepakan percuma.Itulah kebiasaan yang akan di lakukan oleh Vieatnam,

Ayuh,,,Player ke 12 Penyokong Harimau Malaya kita beri sokongan padu.

Jangkaan Penulis MALAYSIA 3 VIETNAM 1 #SUZUKICUPAFF2014



BERBICARA BIARLAH BENAR...

Rabu, 3 Disember 2014

SUDAH KAH ANDA MENGKEMAS KINI DATA BR1M 2015 ANDA?

Seperti Di Umumkan Oleh Menteri Kewangan Merangkap Perdana Menteri Malaysia,BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA #BR1M Terus Di Berikan Kepada Sesiapa Yang Layak Untuk Tahun 2015,Dengan Anggaran Pemberian Sebanyak RM900.00 Dengan Cara 3 Kali Bayaran.

Bagi Yang Layak Anda Boleh Kemaskini Permohonan Anda DI https://ebr1m.hasil.gov.my/  



Semoga Dengan Bantuan Ini Dapat Meringankan Kepada Sesiapa Yang Layak dan Memerlukan.
Cuma Pesan Saya Juga Kita Janganlah Terlalu Mengharap Kepada Bantuan Kerajaan Semata-mata,Kita Harus Juga Berusaha Keras Demi Kemajuan Diri kita sendiri.

Bagi Yang Dah Mampu Tak Perlulah Memohon,Kepada Kerajaan Terima Kasih daun Keladi,Tahun Depan Berilah BR1M lagi.


BERBICARA BIARLAH BENAR...

Translate