Dungun bakal miliki pelabuhan mini
DUNGUN: Daerah Dungun dijangka mempunyai pelabuhan mini apabila cadangan pembinaannya di Kuala Dungun menjadi kenyataan dalam masa terdekat.
Ahli Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh berkata, beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. “Kini, projek mendalamkan sungai di Kuala Dungun sedang berjalan lancar dengan kerja-kerja pembinaan benteng penahan ombak hampir siap. “Apabila kerja mendalamkan sungai selesai, barulah kita boleh memfokuskan terhadap pembinaan pelabuhan mini di Kuala Dungun,” katanya selepas merasmikan program 1Malaysia Green And Clean di Hutan Lipur Chemerong di sini, semalam.
Kewujudan pelabuhan itu akan mengimbas semula kegemilangan Dungun yang pernah menjadi pusat pelabuhan antarabangsa sekitar 60-an hingga 70-an apabila ia menjadi pelabuhan utama untuk pengangkutan bijih besi dari pusat perlombongan di Bukit Besi.
Ketika ini, Kuantan dan Kemaman adalah antara pelabuhan terbesar di pantai timur dalam aktiviti penghantaran bahan industri dan balak serta baik pulih kapal.
Matulidi berkata, dengan kewujudan pelabuhan mini itu, ia bukan sahaja akan merancakkan ekonomi setempat malah boleh menjana sumber pendapatan kepada penduduk dari aspek pelancongan.
“Kita sedar, Dungun adalah antara daerah yang agak terkebelakang dari aspek pelancongan sedangkan kita pernah menjadi tumpuan dunia apabila Rantau Abang menjadi lokasi pendaratan penyu sekitar tahun 70-an dulu.
“Strategi baru perlu diambil untuk melonjakkan semula tempat pelancongan di Dungun seperti Hutan Lipur Chemerong, Rantau Abang, Pasir Raja dan Pulau Tenggol," katanya. - BERNAM
BERBICARA BIARLAH BENAR...
Isnin, 18 Jun 2012
Jumaat, 15 Jun 2012
HARI INI,AMBIL REPORT CARD ANAK-ANAK
Hari ni aku nak bercerita hari terbuka sekolah senang cerita ambil kad kemajuan anak-anaklah. Saja aku nak imbau zaman aku dulu,mana ada buku laporan prestasi macam sekarang,yang aku ingat,masa tu hanyalah sekeping kad yang cuma tulis keputusan,nombor berapa,dan komen.tapi sekarang dgm file cantik berkomputer lagi.Aku dulu mak dgn abah tak payah datang sekolah,cuma tgk kat kad kemajuan itu sahaja.dan anak-anak tak sabar nak tunjuk dgn mak bapak.Dulu Bukan ABC dulu cuma ada % shj. Tapi apapun hari ini aku gembira anak dapat result yang bagus macam aku dan isteri dulu.Tahniah anak-anak ku FIERDAUS HAKIM DAN FIERHANA YASMINE ZULAIKHA
Published with Blogger-droid v2.0.4
Khamis, 7 Jun 2012
Perlu mekanisme khusus atasi gejala LGBT - Entri Blog - Sinar Harian

Dr Mohamad Khir ToyoGEJALA Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) semakin mendapat perhatian masyarakat dunia. Perilaku luar tabie kumpulan ini bukan sahaja jelas dilarang oleh Islam dan juga agama-agama lain tetapi bertentangan sama sekali dengan kemanusiaan.
Namun kumpulan ini semakin berkembang di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Sungguhpun Malaysia mempunyai undang-undang khusus mengambil tindakan terhadap kumpulan ini, namun lobi mereka kian lama kian membesar termasuk menarik simpati dari kalangan ahli politik.
Ada juga dakwaan ahli politik tertentu turut terbabit dengan gejala ini. Malahan kedatangan agen pelobi golongan LGBT di kalangan masyarakat Islam, Irshad Manji, juga khabarnya dinaungi ahli politik tertentu yang telah terpalit dengan dakwaan perilaku serupa.
Hari ini kumpulan gay dan lesbian ini tidak segan silu menunjukkan identiti mereka. Seolah-olah mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ada antara mereka menyalahkan takdir yang menyebabkan mereka menjadi sedemikian. Mereka juga berselindung di sebalik pandangan-pandangan saintis (yang sebahagiannya juga merupakan pengamal seks sejenis ini) bahawa apa yang terjadi kepada mereka ialah keadaan semula jadi. Mereka sememangnya dilahirkan sebagai gay dan lesbian maka tidak sewajarnya mereka disalahkan atas keadaan ini.
Kumpulan ini juga sering kali menggunakan isu hak asasi manusia sebagai pelindung utama mereka. Sekiranya kita berbicara atau melontarkan pandangan yang anti kepada perbuatan mereka maka kita akan dicop sebagai homophobia. Negara-negara yang menghukum pengamal seks songsang ini akan dianggap ketinggalan zaman dan melanggar hak asasi manusia.
Kumpulan juga semakin kuat dari segi kewangan. Mereka menaja ramai pelobi dan pekerja hak asasi manusia agar menyokong ajaran sesat mereka. Banyak juga ahli akademik Islam dan Kristian yang menjadi alat mereka sehingga sanggup menafikan firman-firman ALLAH yang jelas sekali melaknati perbuatan seperti ini.
Sekiranya kita membiarkan gejala ini berterusan dan berleluasa tanpa tindakan sewajarnya, maka tidak mustahil suatu ketika nanti Malaysia akan menghalalkan kumpulan LGBT ini. Dengan pengikut kumpulan ini semakin membesar dan kemungkinan ahli-ahli politik yang pro mereka makin bertambah, maka suatu hari nanti Malaysia mungkin akan menjadi seperti beberapa negeri di Amerika Syarikat yang meluluskan Undang-undang perkahwinan sejenis.
Namun menghalang kumpulan ini melalui undang-undang yang ketat tidak menyelesaikan masalah. Mencerca dan menghina mereka secara berterusan juga tidak akan mengurangkan kumpulan ini jika tidak disusuli dengan usaha alternatif memulihkan mereka yang mahu pulih.
Justeru kerajaan perlu mewujudkan mekanisme dan pelan perancangan yang rapi dalam memulihkan kumpulan ini. Bantuan kaunseling, psikologi dan perubatan perlu ditawarkan secara percuma kepada mereka yang terbabit dalam gejala ini dan mahu pulang ke pangkal jalan. Kumpulan saintis, ahli sosiologi dan agamawan perlu duduk bersama mencari kaedah terbaik bagi mengatasi perilaku dan sikap anti kemanusiaan ini,.
Kerajaan perlu menyediakan strategi dan tempat pemulihan yang khusus untuk kumpulan ini. Mereka yang akan mengendalikannya pemulihan juga perlu mempunyai disiplin kerahsiaan yang tinggi bagi mengelakkan kumpulan ini menjauhkan diri kerana malu.
Satu badan bukan kerajaan khusus untuk membimbing kumpulan ini juga harus ditubuhkan secepat mungkin dan diberi dana yang mencukupi. Mungkin juga konsep pemulihan seperti Rumah Pengasih yang dibuat untuk bekas penagih dadah boleh diadakan untuk kumpulan ini.
Tidak ada gunanya kita mendakwa seorang dua yang melakukan gejala luar tabii ini tetapi tidak menyediakan ruang dan peluang untuk mereka yang telah terjebak dalam keadaan ini kembali ke pangkal jalan.
Mengherdik, mencerca dan menghina kumpulan ini tidak memberi apa-apa keuntungan kepada masyarakat. Ia hanya menjauhkan mereka daripada kita dan menyukarkan proses pemulihan. Akhirnya kumpulan ini makin membesar kerana kita menjauhi mereka dan tidak berusaha memulihkannya.
* Dipetik dari blog Dr Mohamad Khir Toyo
Perlu mekanisme khusus atasi gejala LGBT
Dr Mohamad Khir Toyo
22 Mei 2012

Langgan:
Ulasan (Atom)