Jumaat, 8 Mei 2015

DEMI KEKUASAAN MELAYU DAN BUMIPUTERS

Hari ini Kita makin lihat betapa rapuh nya ikatan keakraban Dalam tali persaudaraan Muslim Dan Melayu.Kita Lihat Betapa Bangsa Melayu Sudah Banyak Berpecah,Berlainan aliran.

Apa yang terfikir Oleh diriku Apakah Bangsa Melayu Dan Bumiputera akan Terus menjadi tunjang pemerintahan Malaysia?.Hari ini generasi muda sudah mula beralih arah.Aku tidak peduli siapa yang memerintah asalkan hak Dan Kepentingan Bumiputera,Agama Islam Dan Raja Terus kekal Di Pertahankan.

Aku Benar-Benar merayu kepada UMNO Dan Kepimpinannya berubahlah,Cuba jadi Juara Hati Rakyat,Juara Kepimpinan Rakyat Kerana Sekarang rakyat Terlalu Nampak kelemahan Pimpinan Sekarang Walaupun Pihak Seberang sana pùn Banyak kelemahan.Isu #1MDB,#Gaya hidup mewah Dan lain ini menyebabkan #PRU14 makin got ah.#GST Telah menurunkan lagi populariti Pimpinan.PRKROMPIN &#PRKPERMaTANGPAuh menjadi bukti penilaian rakyat kpd GST Walaupun Pada Asasnya Inilah cukai terbaik.Bagaimana Nak bias akan Isu #GST?

Selasa, 7 April 2015

#GST DI MALAYSIA

Bermula 1hb April 2015,Negara Malaysia Menjadi Anak Bongsu Dalam Negara-Negara Yang Melaksanakan Cukai Barang Dan Penggunaan (#GST).Seperti Kita Sedia Maklum Perlaksanaan Cukai #GST Ini Telah Banyak Negara Yang Menglaksanakannya Termasuklah Negara-Negara Jiran Kita.Tetapi Rakyat Malaysia Bagaikan Dimomokan Dengan Kehadiran #GST Ini Dengan Momokan Yang Menakutkan.Kerana Momokan Inilah Hingga Ada Yang Turut Serta Kempen #HapusGST.
 
Tetapi Jika Dinilai Secara Logik Jika Majoriti Negara Dunia Sudah Menjalankan #GST Apakah Tindakan Mereka Salah?.Sebenarnya #GST Yang Malaysia Laksanakan Masih Ada Timbangrasanya Terutama Keperluan Asas Dan Keperluan Umum.Ini Bermakna Jika Barang Keperluan Asas,Dan kepentingan Majoriti Umum Tidak Di Kenakan #GST Kenapa Kita Perlu Risau.Beras.Ikan,Sayur Gula Susu Bayi Bawah 36Bulan Dan Lain-Lain Lagi Tidak Dikenakan GST,Begitu Juga RON95,Jadi Kita Perlu Sedar Dan Memupuk Budaya Berbelanja Apa Yang Perlu.
 

Disini Ramai Antara Kita Ditakutkan Dengan Harga Barang Yang Akan NAIK,Apakah Kerana GST Barangan Naik Harga,Atau Tauke-Tauke Yang Ambil Kesempatan Atas Nama GST.Seperti Kita Patut Tahu,Mengapa Kenapa Pasaraya #MYDIN Dan #JAKEL Boleh Menyerapkan Cukai GST 6%,Dan Pembeli Tidak Dikenakan GST,Dan Harga Tidak Digandakan.Kerana Ada Kaedah Rebat Pulangan Yang Boleh Di Tuntut Oleh Pengilang Dan Pemborong.Kalau Pemborong Dan Pengilang Boleh Tuntut Semula Cukai Tersebut Kenapa Barangan Perlu Di naikan.#Pengguna Mesti Pandai,Bertanya,Minta Resi Pembelian.Malu Bersuara Anda Ditipu.
 
Disini Saya Sarankan Kita Bersama Membantu Kerajaan Menghapuskan Peniaga Yang Membuat Catuan Harga ini,Demi Kepentingan Kita Juga.Ada Juga Terkeliru Antara GST Dan SST.Jangan Terkeliru.SST Adalah Cukai Perkhidmatan Yang Bukannya Untuk Kerajaan.
 
Akhir Sekali Marilah Bersama Bersedia Dalam Kehidupan GST,Semak Barangan GST Di Aplikasi "MYKIRA GST".
BERBICARA BIARLAH BENAR...

Isnin, 29 Disember 2014

BANJIR 2014





Cuaca Hari Ini Kelihatan Sedikit Cerah,Kita Sudah Hampir Seminggu Di Kejutkan Dengan Satu Ujian Allah Yang Melanda Negara,Khususnya Buat Saudara di Kelantan,Terengganu Dan Pahang Selain Perak,Kedah Serta Sedikit Merebak Ke Johor.Ramai Yang Mengeluh Dan Terkejut Dengan Apa Yang Berlaku.Mana Tidaknya,Hampir Seluruh Bandar Kota Bahru Tenggelam,Stadium Sultan Mohamad IV seperti Stadium Polo Air,Gua Musang,Kuala Krai,Rantau Panjang Pun Sama Terlibat Musibah.

Terengganu Pula Ada Tempat Seperti MimpiNgeri,Contohnya #Pasir Raja Air Naik Sehingga Paras Tertinggi Kekawasan Padang Bola,Perkuburan Islam Dan Rumah Rehat,Balai Polis Kuala Jengai Terpaksa Di Tutup Sementara,Anggota Bomba Jatuh Dari Runtuhan Jalan Dalam Usaha Menyelamat Penduduk Kampung Shukor,Pasir Raja Hinggakan Jalan Terputus.Kemaman ,Hulu Terengganu Dan Kuala Terengganu Tidak Ketinggalan.Begitu Juga Pahang.Paling Menyayat Hati Ada Mangsa Yang Mati Lemas,Meninggalkan Anak-Anak.


Musibah Ini satu Dugaan Mungkin Berat Bagi Kita Insan Biasa,Apa Tidaknya Takala Musim Persekolahan Hendak Di Buka,Mungkin Sudah Ada Barangan Keperluan Sudah Di Beli.Begitu Juga Dengan Perkakas Lain Seperti Barang Elecktrik,Perabot Dan Kenderaan.Musnah Seperti Di Landa Tsunami.Mangsa Hanya Mampu Berdoa Agar Ada Pihak Menghulurkan Bantuan.


Terima Kasih Kepada Para Pemimpin-Pemimpin,Anggota Bantuan Dan NGO Yang Turut Sama Turun Padang Melihat Dan Mendengar  Kesulitan Serta Menghulur Bantuan Yang Termampu.Perdana Menteri Sendiri Telah Turun Padang Melihat Kepayahan Rakyat,Dan Difahamkan Sehingga Tulisan Ini Keluar,Saya Difahamkan RM500 Juta Telah Diluluskan Untuk Bantuan Oleh Kerajaan Perseketuan Untuk Membantu Serba Sedikit Mangsa,Kerajaan Terengganu Sendiri telah Menambah Peruntukan RM1 Juta Sebagai Tambahan.Terima Kasih Di Ucapkan.


Pada Ketika Bencana Ini,Marilah kita Bersatu Walaupun Berbeza Fahaman Politik Dan Agama.Yang Penting Mangsa Adalah Insani Yang Memerlukan Bantuan.Jangan Hnaya Tahu Nak Mencari Salah Sesiapa...


Jadikan #BAH2014 Satu Titik Permulaan Untuk Kita Bertambah Bersatu Dalam Negara Malaysia Yang Kita Cintai.Kepada Yang Berkemampuan Teruskan Membantu.Kita Juga Boleh Menyumbang Melalui Beberapa Tabung Yang Di Wujudkan Contohnya 





















BERBICARA BIARLAH BENAR...

Ahad, 21 Disember 2014

MUSIM SEKOLAH DAH NAK MULA...

Cuti semester akhir tahun 2014 sudah berada di penghujungya,Ibubapa sudah ada ibubapa yang sudah pening kepala memikirkan barang keperluan anak-anak yang akan memulakan persekolahan musim 2015.

Bagi keluarga yang berpendapatan mewah mungkin mereka tidak terasa bebanan,kerana bagi mereka itu cuma sebahagian kecil sahaja peruntukan yang dikeluarkan ,tetapi bagaimana keluarga yang pendapatan sederhana dan kurang sederhana.Bagi mereka ia satu bebanan dengan kadar harga yang kadangkala melambung tinggi bila musim Cuti persekolahan bakal berakhir.Kita tahu ianya sama seperti pasaran komoditi,bila permintaan melampau pengeluaran kuarang pasan naik.Tetapi itulah perkara yang memeningkan ibubapa yang pendapatan kecil dan sederhana.

Keperluan untuk seorang anak bagi yang baru menjejak kaki kelam persekolahan sekurang-kurang keperluan asas seperti berikut di perlukan:
1.2 Pasang Kasut Putih    5.Sebuah Beg Sekolah
2.2Pasang Stoking putih  6.Alatulis
3.2 Pasang Kain/seluar    
4.2 Pasang Baju putih

Beikut adalah anggaran Harga untuk keperluan diatas.


1.Sepasang Kasut Putih (RM30.00)    5.Sebuah Beg Sekolah (RM45.00)
2.Sepasang Stoking putih (RM5.00)  6.Alatulis (RM30.00)
3.Sepasang Kain/seluar    (RM37.00)
4.Sepasang Baju putih (RM26.00)

Anggaran Kos Untuk seorang Pelajar Sekurang-kurangnya RM271.00,Ini adalah dikira bagi pembelanjaan yang sederhana,Tidak berjenama dan Menjimatkan.Jika difikirkan ada keluarga yang anaknya menduduki alam persekolah 2 Orang atau Tiga orang serentak.

Disini apa yang dapat kita kongsikan hanyalah kepada ibubapa,sikap menabungmat perlu,kerana kalau nak di harap Bantuan RM100.00 dari kerajaan setiap tahun tidak mencukupi ,Apatah lagi kekadang sekolah apabila dibuka banyaknya pihak guru-guru minta membeli bulu rujukan dan latihan.Walaupun tidak dipaksa tetapi ada yang ketika anak-anak kita sering di pinta oleh guru sehingga anak-anak kita terasa malu.

Bagaimana kita nak menyelsaikan masaalah ini?Yang pasti setiap tahun adalah satu kewajipan untuk ibubapa kepada anak-anaknya.
________________________________________________________________________




BERBICARA BIARLAH BENAR...

Translate