Selasa, 24 April 2012

Didik Keluarga Tentang Istiqamah - Pama Plus - Pa Ma

Didik Keluarga Tentang Istiqamah - Pama Plus - Pa Ma


Didik Keluarga Tentang Istiqamah

rehlah
Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun masih ramai yang belum jelas tentang maksud sebenar istiqamah. Jom bersama Pa&Ma mencari pengertian istiqamah dan bagaimana mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita.

Umumnya, maksud istiqamah ialah berdiri teguh atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan dan tidak akan berganjak sedikit pun walau pelbagai rintangan mendatang. Secara ringkasnya, cita-cita atau keinginan untuk melakukan sesuatu yang baik akan sentiasa berhadapan dengan cabaran. Tetapi, jika anda kuat dan punyai prinsip atau pegangan hidup yang mantap, pasti anda akan berjihad, berjuang bermati-matian untuk merealisasikan cita-cita. Pendirian teguh inilah istiqamah.

Untuk lebih jelas, kaitan hal ini dalam kehidupan kita. Contohnya, azam untuk mengajak anak-anak bersembahyang subuh berjemaah di masjid setiap hari. Azam tersebut adalah cita-cita murni yang memang patut dilaksanakan untuk meraih keredaan Allah SWT dan keberkatan dalam hidup. Jika di rumah sendiri tentu tidak ada masalah. Tetapi, jika kita pulang ke kampung, pergi melancong atau keluar daerah atas urusan kerja, bagaimanakah untuk mengekalkannya? Bagaimanakah untuk istiqamah? Ketika inilah munculnya cabaran. Cabaran untuk tetap solat subuh berjemaah di masjid meskipun di mana pun berada. Sebenarnya cabaran atau rintangan seperti itu bukanlah satu masalah yang besar lebih-lebih lagi apabila jiwa anda sudah dipenuhi iman. Agar dapat terus mengamalkan solat subuh berjemaah di masjid walaupun berada di luar daerah, carilah tempat penginapan yang hampir dengan masjid. Jika ini menjadi amalan anda dan dalam masa turut mengajak anak bersama melaksanakannya, tentu amalan baik ini mampu diteruskan hingga ke anak cucu. Insya-Allah.

Begitu juga istiqamah dengan Al-Quran. Sekiranya anda sudah berazam mahu membaca Al-Quran setiap hari, anda perlu teruskan tidak kira di mana pun berada. Dicadangkan agar anda menetapkan masa yang sama untuk membacanya setiap hari. Misalnya, ketika selesai solat Maghrib sementara menunggu solat Isyak. Masa itu, ajak anak bersama-sama membaca Al Quran. Walaupun ada ketikanya, anda tidak dapat membaca banyak atas kekangan tertentu seperti ada tetamu, tidak mengapa. Yang pentingnya Al Quran tetap dibaca setiap hari.

Kita pun perlu istiqamah dalam mendidik anak-anak tentang Islam. Didik dan amalkan cara hidup Islam seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Ajak diri sendiri dan anak-anak beribadat, menjalani kehidupan seharian dan berdakwah cara Rasulullah SAW. Beritahu anak tentang kelebihan-kelebihan melakukannya. Misalnya, kelebihan solat di awal waktu, kelebihan solat berjemaah, kelebihan membaca Al-Quran dan kelebihan berdoa sebelum melakukan sebarang aktiviti. Walaupun mereka seolah-olah tidak ambil peduli dan tidak faham tentang apa yang anda cakapkan, jangan berputus asa.

Seelok-eloknya gunakan bahasa dan contoh yang mudah agar anak memahaminya. Meskipun banyak yang menghalang proses pembelajaran daripada berjalan lancar, teruskan mendidiknya tanpa jemu. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebung.

Pada dasarnya, amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi hanya untuk beberapa ketika. Ketahuilah bahawa istiqamah dalam menunaikan tuntutan iman adalah suatu jihad.

5 Elemen Utama Istiqamah :
1. Berpegang kepada akidah yang benar.
2. Melaksanakan tuntutan syariat berpandukan Al-Quran dan Hadis.
3. Mempunyai prinsip hidup dan keyakinan diri yang mantap.
4. Tidak terpengaruh dengan godaan dan hasutan syaitan.
5. Tidak tunduk pada tekanan demi kebenaran.

Cara Untuk Meraih Istiqamah :
º Kesedaran dan kefahaman yang benar
º Untuk mencapai darjat istiqamah yang maksimum, pemahaman terhadap ajaran Islam secara sempurna sangat-sangat diperlukan.
º Muslim yang memahami ajaran agamanya dengan baik tidak akan bimbang menjalani kehidupan dunia dan akan tetap istiqamah menghadapi godaan walau sedahsyat mana sekali pun.
º Memahami dan mengamalkan dua kalimah syahadah dengan baik dan benar.
º Mendekatkan diri kepada Allah SWT dan merasakan pengawasan-Nya setiap masa.
º Bersungguh-sungguh dalam beribadah dan melaksanakan seluruh nilai-nilai Islam dalam kehidupan.
º Bergaul dengan orang yang istiqamah.
º Ini sangat membantu seseorang untuk sentiasa istiqamah di jalan Allah SWT. Teman-teman yang soleh akan sentiasa mengingatkan kita untuk berbuat baik serta mengingatkan kita dari kekeliruan. Bahkan dalam Al-Quran disebutkan bahawa perkara yang sangat membantu meneguhkan keimanan para sahabat.
º Mu’qabah atau menghukum diri sendiri atas kecuaian yang dilakukannya.
º Menghayati sirah orang-orang yang istiqamah dan mengambil teladan daripadanya.
º Berdoa kepada Allah SWT agar kita mampu beristiqamah. Doa adalah senjata umat Isla

BERBICARA BIARLAH BENAR...

Isnin, 16 April 2012

APA NAK JADI DENGAN PELAJAR SEKARANG


‘Kami tak rasa berdosa, ia sekadar simbolik’ - Nasional - Sinar Harian

Terfikir dalam otak dan minda aku ini,kenapa pelajar IPT sekarang ni makin kurang ajar, Apakah kerana salah didikan Agama,Patutkah mereka melakukan begitu kurang ajar terhadap pemimpin.Dikatak simbolik,apakah kata mereka jika ada orang membuat begitu terhadap ibubapa mereka.Tidakkah mereka merasa marah,Sebagai contoh ada jiran protes dengan Mak bapa kita,bila kita balik ada orang letak batu nisan dan bunga seperti ajaran Agama Lain gunakan ketika orang mati,marah tak kita.Jika kita nak buat sesuatu kita kena fikir hati anak-anak mereka juga, mereka sendiri,penyokong mereka boleh dikatakan macam anak-anak mereka juga,jadi fahamilah hati mereka.
Tentang nak protes nak nak hapuskan PTPTN aku tak setuju sangatlah,kita jangan asyik nak subsidi je...kalaulah kita asyik nak harapkan belas ikhsan orang susahlah,cukuplah orang beri pinjam,kalau dah pinjam bayarlah,kalau kita dah dapat result pandai,mestilah ada orang nak sponsor,buktikanlah dulu.

Bagi akulah yang nak prostes ni semuanya adalah yang dipengaruhi oleh anasir politik,dan yang ikut membantah secara kurang ajar tu kebanyakan tak berkelulusan baguspun(kalau adapun tak banyak),dan ada juga yang bukan pelajar IPT pun,Satu lagi ni mesti ingat nak enjoy je..kalau manusia macam ni,gaji 100000 K pun tak cukup,lebih penting bergaya dari nak bayar hutang,sebab tu masyarakat lepasan siswalah antara paling banyak muflis,kat kredit guna tak pandai kontrol...sekarang fikirlah.Jadilah generasi yang tahu mengenang jasa.

BERBICARA BIAoRLAH BENAR...

Translate