Jumaat, 11 Disember 2015

Memperkasakan Umat Melayu

UMNO2015

UMNO katanya Wadah Melayu Bersatu,
Berhimpun Bukan Untuk Bertengkar,
Berdialog Untuk Berbicara
Menyuluh Jalan Agar Melayu Maju.

UMNO Katanya Nadi Untuk Melayu,
Bertikam lidah memang lumrah,
Tapi,Kenapa Harus Berpecah,
Malukah Bersatu Seperti Dulu.

UMNO Katanya Suara Melayu,
Ratanya Hidup Masih Susah,
Pecahkanlah Ruyun,Hapuskan Resah
Sara Hidup Melayu Makin Bertambah.

UMNO katanya mendengar,
UMNO Katanya Membela,
Tapi Kenapa Hari Tersasar,
Dengan GST,
Dengan Kos mengegar tinggi,
Sampai Melayu Pun Dah Benci.

UMNO teruslah Perkasa,
Lahirkanlah Usaha,
Terus Membina,
Agar PRU14 Melayu Masih Bertaji,
Bukan Mengemis Sekadar memerhati

UMNO Harapku Teruslah Bersatu,
Buanglah Ego,Buanglah Kroni,
Budaya Sate Budaya terkini,
Biarlah Hanya Aku tahu,
Krisis Hari Ini,
Jangan biar anak cucuku mendatang,
Sedekah seranah membenci pimpinan hari ini.
Kerana Kita Bukan lagi Memimpin tanah ini,
Jangan menangi setelah riang tiada lagi.

#PAU2015

Rabu, 10 Jun 2015

Parking Berbayar Di Hospital Sultanah Aminah

Amat-Amat Mengejutkan Hospital Tempat Rakyat Merawat Kesakitan Telah Terpaksa Dicuri Hasil Titik Peluhnya Apabila Mereka Meletak Kereta Mereka Di Dalam Persekitaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru .#HSAJB

Kenapa Pengurusan  HSA juga turut Untuk mencuri sedikit wang dari rakyat.Apakah Janji kerajaan Pusat Untuk mendahulukan rakyat Telah Dilupakan .Sudah Pasti Perkhidmatan Parking Ini Juga dikenakan GST.
Siapalah Sebenarnya Pemilik #Metroparking sehingga Mereka berjaya membuat Kerajaan pimpinan DS Najib Lupakan akan janji Untuk mendahulukan Rakyat.Jangan BIARKAN Rakyat Makin Bosan 


Sabtu, 16 Mei 2015

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru Buat Semua Guru Di Dunia,Semoga Anda Semua Di Berkati,Kepada Guru Yang Pernah Megajar Saya Saya Doakan Agar Allah Memberi Nikmat Balasan Seindahnya DiSyurga Nanti,Terima Kasih Cikgu #Hariguru2015

Jumaat, 8 Mei 2015

DEMI KEKUASAAN MELAYU DAN BUMIPUTERS

Hari ini Kita makin lihat betapa rapuh nya ikatan keakraban Dalam tali persaudaraan Muslim Dan Melayu.Kita Lihat Betapa Bangsa Melayu Sudah Banyak Berpecah,Berlainan aliran.

Apa yang terfikir Oleh diriku Apakah Bangsa Melayu Dan Bumiputera akan Terus menjadi tunjang pemerintahan Malaysia?.Hari ini generasi muda sudah mula beralih arah.Aku tidak peduli siapa yang memerintah asalkan hak Dan Kepentingan Bumiputera,Agama Islam Dan Raja Terus kekal Di Pertahankan.

Aku Benar-Benar merayu kepada UMNO Dan Kepimpinannya berubahlah,Cuba jadi Juara Hati Rakyat,Juara Kepimpinan Rakyat Kerana Sekarang rakyat Terlalu Nampak kelemahan Pimpinan Sekarang Walaupun Pihak Seberang sana pùn Banyak kelemahan.Isu #1MDB,#Gaya hidup mewah Dan lain ini menyebabkan #PRU14 makin got ah.#GST Telah menurunkan lagi populariti Pimpinan.PRKROMPIN &#PRKPERMaTANGPAuh menjadi bukti penilaian rakyat kpd GST Walaupun Pada Asasnya Inilah cukai terbaik.Bagaimana Nak bias akan Isu #GST?

Translate