Khamis, 13 Mac 2014

#MH370,Pulanglah

Dalam Kedinginan Malam,
Dengan Sayu Hati Kau Pergi,
Sambil Melambai Bumi Bertuah Ini,
Untuk Bermusafir Dibumi Asing,

#MH370,Diperutmu Penuh Kandungan,

Yang Kau Bawa Bersama Amanah,
Amanah Waris Jua Amanah Pertiwi,
Tika Kami Masih Bermimpi,
Kenapa Kau Terus Menghilangkan Diri...

Dimanakah Kau Kini?

Kami Merindui Mu...
Kami Tercari - Cari Akan Dirimu,
Janganlah Kau Terus Begini,
Mengusarkan Naluri Kami...,

#MH370,

Kepada Allah Kami Berdoa,
YA Allah,Kembalikan Dia Kepada Kami,
Temukan Kami Kembali Dengannya,
Seperti Kami Mula Tertanam Rindu,
Di Dingin Pagi Itu,

YA Allah, Dilangit Atau Di Bumi,

Di Lautan Jua,Kaulah Maha Berkuasa,
Kami Hambamu Merayu Kembalilah #MH370
Kepada Kami Yang Telah Kau Uji Dengan Kesabaran
Kembalilah #MH370 Dan Wargamu
Tenangkanlah Dan Damaikanlah Jiwa-jiwa
Suami,Isteri,bapa,ibu Dan anak
Hanya Kepadamu jami berserah.

…...........................


#PrayforMH370,#MH370


BERBICARA BIARLAH BENAR...-

Sabtu, 4 Januari 2014

CUTI HARI JUMAAT DI JOHOR,

Assalamualaikum,saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2014 kepada semua kenalan.Tahun baru banyak yang akan berubah.Tarif TNB Naik,Astro Naik,Dan Tidak ketinggalan JOHOR akan bercuti pada hari Jumaat Dan Sabtu bagi Perkhidmatan Awam.

Sebenarnya Terlalu Banyak Kebaikan Jika Jumaat Sebagai Cuti Untuk sektor Perkhidmatan Awam,Kenapa?Pada Hari Jumaat,kita sedia maklum Kakitangan Perkhidmatan Awam waktu rehat tengaharinya Panjang.Dengan Alasan untuk mengizinkan Kaum lelaki menunaikan Sholat Jumaat,Walaupun ada Kaum lelaki Yang lepak di kedai Mamak dan sebagainya.Oleh itu bila cuti hujung minggu pada jumaat tidak wujudlah urusan kaunter dipendekan.

Apa yang saya ingin mempersoalkan kenapa hanya Sektor Perkhidmatan Awam,Bagaimana nasib pekerja yang bekerja disektor swasta yang rata-rata masih bercuti pada hari Sabtu Dan Ahad.Banyak Keburukan pula timbul disini.


Sebagai contoh Ibu bapa bekerja pada hari Jumaat Dan Sabtu kerana mereka bekerja di sektor Swasta yang Majikannya mengambil keputusan kekal Cuti Pada Sabtu Dan Ahad,Anak-anak yang tak bersekolah terbiar dirumah,Kalau dulu ibu bapa tak perlu risau kerana mereka tahu anak-anak bersekolah samada sekolah Kebangsaan,Sekolah Menengah atau Sekolah Agama.Jadi sekarang kos untuk menjaga anak terpaksa difikirkan pula.

Begitu juga dari segi sektor kekeluargaan jika suami atau isteri  bekerja d Sektor Awam dan si Suami di sektor swasta bilakah waktu hujung minggu untuk keluarga ini?Apakah Kerajaan dibawah pimpinan Menteri Besar tidak terfikir akan nasib golongan ini?Kenapa tidak selaraskan agar semua cuti Hujung minggu pada Hari Jumaat Dan Sabtu seperti Negeri Kedah,Kelantan Dan Terengganu.Kenapa disini sahaja yang ada cuti hujung minggu yang berbeza?
  #cutijumaat,#cutidijohor              BERBICARA BIARLAH BENAR...

Isnin, 23 Disember 2013

Untuk Dikongsi

Org pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell ..
kalau org pertama tulis bismillah ??????? kalau anak-anak tanya kepada ibubapa...mampus nak jawab ni!.. simpan nota ini.

      30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
   Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada
hari qiamat :
    Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah
pada hari qiamat :    
     Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
  Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh
hijrah :
Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah
dalam Islam :
Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :
Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /
lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan
fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan adzan: Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi
SAW :
Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama menghunus
pedang dalam
perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat
perpustakaan awam
Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar
Al-Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas
Rasulullah SAW :
Ali bn Abi Tholib

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil
Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :
Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah klu tidak SHARE sbab ianya 1 peluang dakwah yg MUDAH kenali Islam kita. BERBICARA BIARLAH BENAR...

Rabu, 10 Julai 2013

BERSAMA KITA BERDOA #RAMADAN #DOAMUSLIM

YA,ALLAH DI BULAN RAMADHAN MU YANG PENUH BERKAT INI,KAMI BERMOHON AMPUNKANLAH DOSA KAMI, KELUARGA KAMI ,KEDUA IBU BAPA KAMI SERTA SAUDARA ISLAM KAMI ,BERKATILAH KEHIDUPAN KAMI,AMALAN KAMI,JADIKANLAH KAMI ORANG SENTIASA MENDAPAT RAHMATMU KAMI MEMOHON JUGA PADAMU YA ALLAH,AGAR DI PERMUDAHKAN DAN DIPERBANYAKAN REZEKIMU UNTUK KAMI .JADIKANLAH KAMI ORANG YANG SENTIASA TAKUT KEPADAMU,SENTIASA BERAMAL SURUHAN MU DAN RASULMU.DAN TEMUKANLAH KAMI MALAM LAILATUL KADAR YANG KAU BERKATI.YA ALLAH JADIKAH UMAT ISLAM SENTIASA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.DENGAN BERKAT NAMA MU YA ALLAH DAN RASULULLAH YANG KAU MULIAKAN,HANYA PADAMU KAMI BERMOHON AGAR DIPERKENANKAN DOA KAMI INI. #RAMADHAN #DOAMUSLIM

Translate